NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bebaskan Kementerian Kewangan


Oleh : Nurul Islam Mohamed Yusoff

Dengan sebegitu banyak skandal yang terkait dengan rejim terdahulu, agak menghairankan mengapa Tun Dr. Mahathir boleh mencadangkan nama Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan sedangkan beliau sedang berdepan perbicaraan kes rasuah.

Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa tiada nama lain dicadangkan untuk menggantikan Lim Guan Eng dan beliau mesti bebas dari segala tuduhan sebelum boleh menjawat jawatan tersebut. Sementara itu, sebarang keputusan dan tindakan penting kementerian akan dirujuk secara terus kepada Perdana Menteri.

Maka ini adalah satu lagi cara untuk meletakkan Kementerian Kewangan terus di bawah pengaruh Perdana Menteri?

Dikala urusan ekonomi dan ketelusan dikatakan menjadi keutamaan rejim hari ini, adalah penting agar tugasan Menteri Kewangan dipisahkan sepenuhnya dari Perdana Menteri. Hakikatnya, tradisi Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan bermula dari zaman Tun Dr. Mahathir dan menjadi salah satu sebab utama yang menyebabkan kecelaruan pentadbiran ekonomi negara. Ianya tidak boleh  diulangi.

Wakil-wakil rakyat PH, Tokoh-Tokoh Terkemuka yang dilantik dan Jawatankuasa Reformasi Institusi mesti segera membangkitkan isu ini dengan PM dan membetulkan keadaan yang timbul selari dengan janji untuk menubuhkan kerajaan pusat yang terbuka serta bebas dari konflik kepentingan dan rasuah.

Tinggal 93 hari lagi.

**********

HANDS OFF THE FINANCE MINISTRY

By : Nurul Islam Mohamed Yusoff
(PAS Youth Exco) 

With so many corruption scandals associated with the past regime, it is perplexing to see Tun Dr. Mahathir can so naively nominate an individual with an active corruption court case as Malaysia’s next Finance Minister knowing that such nomination will not pass muster. 

Then the PM later clarify that no other name will be considered for the position and all legal procession will need to be fully exhausted before Lim Guan Eng can formally assume his duties. In the absence of a proper minister, any matters of importance requiring approval and actions will then be directed to the Prime Minister. 

So indeed, this is just another ploy to bring back the Finance Ministry directly under the Prime Minister?  

As economic matters and transparency take centre stage in this new federal regime, it is important that the role of Finance Minister is made separate from the Prime Minister. The precedent of the Prime Minister taking the role of Finance Minister actually started during the time of none other than Tun Dr Mahathir himself and has been identified as one of the key problem factors besetting the management of the country’s economy.  

PH elected wakil rakyats, The Eminent Persons and the newly formed Institutional Reform Committees should quickly highlight this issue to the PM and rectify the situation, in keeping with the promises to create a better government that is open and free from conflict of interest and corruption.

93 days and counting.

Nurul Islam Mohamed Yusoff ialah Exco Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo