NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WHO: 500 Terjejas Serangan Kimia Syria


Sekurang-kurangnya 500 penduduk disyaki terjejas akibat serangan kimia pada Sabtu di Douma, Syria, menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, organisasi itu menyatakan anggaran 500 pesakit yang dirawat di fasiliti perubatan menunjukkan simptom yang konsisten dengan pendedahan kepada bahan kimia bertoksik.

Simptom-simptom ini termasuk kegagalan pernafasan, kerengsaan teruk membran mukus dan gangguan kepada sistem saraf pusat.

WHO juga mengatakan lebih 70 orang yang berlindung di ruang bawah tanah dilaporkan terbunuh dengan 43 daripadanya berkaitan pendedahan kepada bahan kimia bertoksik.

Dua orang petugas kesihatan turut terjejas dengan serangan tersebut.

Presiden Amerika Donald Trump hari ini memberi amaran kepada Rusia yang menjadi sekutu kerajaan Syria, supaya "bersedia" untuk serangan misil terhadap Syria.

Kerajaan Syria dan Rusia menafikan keterlibatan mereka dan menuduh puak pemberontak memalsukan serangan tersebut untuk mengelakkan kemaraan tentera kerajaan serta mencetuskan campur tangan tentera antarabangsa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo