NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tandatangan akujanji sokong BN untuk terima dana?


SHAH ALAM: UMNO Shah Alam menjelaskan pihaknya tidak ada kaitan dengan Yayasan Hadhari Imanee yang didakwa menawarkan dana kewangan kepada peniaga.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Azhari Shaari, berkata pihaknya mendapat maklumat ada sebuah yayasan menggunakan nama UMNO dan Barisan Nasional (BN) Shah Alam menawarkan geran kepada sesiapa yang inginkan dana perniagaan.


[ads-post]

"Saya dimaklumkan, peserta diminta membayar RM50 sebagai yuran pengurusan. Mereka yang inginkan dana juga diminta menandatangani surat akujanji menyokong UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Difahamkan juga, peserta terpilih akan mendapat separuh daripada dana berkenaan sebelum PRU manakala separuh lagi selepas PRU.

"Bagaimanapun, jika BN kalah, baki dana tidak akan diberikan kepada peserta," katanya.

Beliau berkata, UMNO Shah Alam menegaskan bahawa mereka tidak tahu siapa bertanggungjawab menyebarkan perkara itu, seterusnya mengaitkan nama UMNO dan BN.

Katanya, bimbang nama baik UMNO Shah Alam terjejas, pihaknya sudah membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

"UMNO dan BN tidak ada projek atau produk bantuan kepada usahawan ketika ini dan kami harap orang ramai berhati-hati agar tidak menjadi mangsa," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo