NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: PH guna logo PKR ?



oleh Ainor Rahim Antarapos
03-04-2018 10:04 

SHAH ALAM: Seorang pemimpin PKR menyambut baik seandainya logo parti itu digunakan sebagai lambang rasmi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. 
 
Pengarah Politik dan Dasar PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pemilihan itu dilihat akan meyakinkan pengundi dan meletakkan PH setara Barisan Nasional (BN) sebagai parti dominan. 


"Saya sambut baik di atas cadangan tersebut. Demi untuk memastikan rakyat dengan mudah dapat melihat bahawa dua parti politik utama dalam negara kita ialah Barisan Nasional (BN) lawan Pakatan Harapan (PH)," ujarnya ringkas k
 
Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat itu walau bagaimanapun, enggan mengesahkan sama ada PH akan menggunakan logo PKR sebagai 'tiket' gagasan pembangkang itu pada PRU14 ini. 

[ads-post]
 
Semalam, sumber PKR memaklumkan kepada Antarapos, konsensus penggunaan logo PKR dicapai atas dasar realiti politik iaitu, PKR merupakan parti 'senior' dalam gagasan pembangkang itu. 
 
PH sebelum ini mengumumkan pendirian akan bertanding di bawah satu logo pada PRU14 ini.
 
Namun pada 27 Februari lalu, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, pembangkang akan menggunakan lambang salah sebuah parti komponen ekoran Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sehingga kini tidak meluluskan pendaftaran gagasan itu.
 
Dr Mahathir dalam sidang media sebelum ini memaklumkan, logo rasmi mewakili gagasan akan diumumkan minggu ini. 
 
Sebelum ini Naib Presiden PH Salahuddin Ayub berkata, PH memutuskan untuk tidak menggunakan logo PPBM dan DAP selepas dua parti itu dibelit masalah dengan RoS.
 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo