NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Mokhtar Senik bertanding di Perlis





ARAU 19 April - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mokhtar Senik diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekali gus menjadi satu-satunya calon 'import' parti itu di Perlis. 

Pengumuman pencalonan Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang yang dianggap mengejutkan itu, dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dalam majlis pengisytiharan calon PRU-14 di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi Dalam di sini malam ini.

Dalam masa sama, Hashim turut mengumumkan calon Pas yang bakal bertanding di semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen iaitu Padang Besar dan Kangar. 

Manakala calon Pas bagi Parlimen Arau tidak diumumkan pada majlis itu dan dijangka kerusi tersebut akan diwakili oleh Hashim sendiri yang pengumuman mengenainya bakal dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. 

Pengumuman tersebut sekali gus menyaksikan PAS mengambil balik semua tujuh kerusi yang dipinjamkan mereka kepada PKR dan DAP di kerusi DUN Indera Kayangan; Titi Tinggi; Chuping; Mata Ayer; Sena; Kuala Perlis dan Tambun Tulang dalam pilihan raya lalu. 

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Syukri Ramli bakal mempertahankan kerusi DUN Sanglang yang dimenanginya pada PRU-13. 

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, pemilhan Mokhtar adalah disebabkan permintaaan Pas kawasan Padang Besar. 

“Mokhtar cukup dekat dengan penduduk di Padang besar dan banyak melakukan kerja-kerja di kawasan berkenaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Parlimen - Padang Besar - Mokhtar Senik 

ADUN 

Titi Tinggi - Kamis Yub 
Beseri - Azamhari Mahmood 
Chuping - Mohd. Ali Puteh 
Mata Ayer - Mohammad Yahya 
Santan - Baharuddin Ahmad 
Parlimen Kangar - Mohamad Zahid Ibrahim 

ADUN 
Bintong - Abd. Jamil Kamis 
Sena - Fakhrul Anwar Ismail 
Indera Kayangan - Wan Hassan Ismail 
Kuala Perlis - Mohamad Fuat Abu Bakar 
Kayang - Md. Radzi Hassan 
Parlimen Arau - dikosongkan untuk pengumuman kemudian 

ADUN 
Pauh - Idris Yaacob 
Tambun Tulang - Dr. Abu Bakar Ali 
Guar Sanji - Mohd. Ridzuan Hashim 
Simpang Empat - Russele Eizan 
Sanglang - Mohd. Shukri Ramli - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo