NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH: Mustafa Kamil bakal bertanding di Sg Buloh?



Sg Buloh, 18 April 2018, kira-kira 250 orang menghadiri Pelancaran Jentera Kempen Parlimen Sg Buloh yang dilakukan oleh Tuan Hj Mustaffa Kamil Ayub, Penasihat Pro Reformasi 98 Selangor yang juga mantan Naib Presiden KEADILAN.

Ia dimulai dengan nyanyian Negaraku, lagu KEADILAN dan doa serta beberapa ucapan.

Dalam ucapan pelancarannya, Mustaffa menekankan tujuan program bagi menjana kemenangan Parlimen Sg Buluh yang kini komposisi Melayu menjadi 70% berbanding 55% sewaktu di bawah Parlimen Subang akibat persempadanan baru.

Beliau juga menyatakan penduduk Sg Buluh bertuah kerana turut terhimbau semangat reformasi dengan siren kenderaan penjara yang membawa DSAI sejak 1998.

Beliau juga menyatakan keyakinannya dengan gelombang Tsunami Melayu berdasarkan ziarahnya di 30 buah masjid dan surau, pasar dan warong. Juga dengan gandingan DSAI dan Tun M menguatkan lagi, disamping rekod baik Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat IPR.

Beliau yang menetap lebih 20 tahun di Parlimen Sg Buluh serta isterinya yang telah berkhidmat di SMK Sg Buluh sejak 1996 juga menyatakan kesediaan memberikan khidmat jika diberikan peluang bertanding di Parlimen Sg Buluh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo