Havana, Cuba - Miguel Diaz-Canel telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Cuba yang baru pada Khamis. Ia adalah kali pertama dalam tempoh enam dekad, Cuba diketuai oleh seseorang yang tidak bernama Castro.
Diaz-Canel, 57, diundi sebagai calon menggantikan presiden sebelum ini, Raul Castro, 86, melalui undian rahsia dalam Perhimpunan Kebangsaan.
Dalam ucapannya, beliau akan meneruskan kepimpinan gaya Raul Castro dan tidak akan melakukan perubahan yang radikal.
Katanya, "Tidak ada ruang di Cuba untuk mereka yang mahu mengembalikan kapitalisme."
No comments
Post a Comment