NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mantan Presiden Brazil Lula Serah diri

SAO BERNARDO DO CAMPO, Brazil (Reuters) - Mantan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva telah menyerah diri kepada pihak polis, untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun atas dakwaan korupsi.

Dalam ucapannya beberapa jam sebelum itu di hadapan para penyokong dari Parti Buruh yang berkumpul di luar bangunan parti, Lula menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan menggelarkan tuduhan rasuah yang dikenakan kepadanya merupakan jenayah politik. Walaubagaimanapun, Lula memilih untuk menyerah diri.

Kata Lula, "Jika saya tidak percaya dengan undang-undang, saya tidak akan sertai parti politik. Sebaliknya saya akan memulakan revolusi."

Pada petang Khamis, penyokong presiden pertama dari kelas pekerja itu telah berkumpul di hadapan bangunan kesatuan untuk menghalang polis daripada menangkap Lula sehingga menimbulkan kebimbangan tercetus keganasan.

Mereka juga menghalang cubaan pertama Lula pada petang Sabtu untuk meninggalkan bangunan sehingga ketua Parti Buruh, Gleisi Hoffman memohon para penyokong untuk memberi laluan keluar kepada beliau.

Lula akan menjalani hukuman penjara 12 tahun dalam penjara khas di selatan Curitiba. Beliau didakwa menerima rasuah, termasuk pengubahsuaian sebuah pangsapuri tiga tingkat tepi pantai yang dinafikan oleh Lula.

Tegas Lula, "Saya merupakan satu-satunya orang yang didakwa disebabkan sebuah pangsapuri yang bukan milik saya."

Mahkamah Agung Brazil pada Sabtu telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh peguam Lula.

Di bawah undang-undang pilihanraya Brazil, seseorang calon yang didapati bersalah melakukan jenayah, dilarang bertanding selama lapan tahun. 

Lula menyandang jawatan presiden dari tahun 2003 hingga 2011, menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mengurangkan ketidaksamaan di tengah ledakan komoditi.

"Mereka yang menyalahkan saya tanpa bukti tahu, saya tidak bersalah dan memerintah dengan jujur," ujar Lula dalam rakaman video kepada para penyokongnya. "Mereka yang menghukum saya boleh lakukan apa sahaja, tetapi mereka tidak akan dapat memenjara impian kita."

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo