Nama USNO dan UMNO hanya dibezakan dengan sebutan melalui huruf 'S' dan 'M'..(Small n Medium)
'S' merujuk kepada 'Sabah', manakala 'M' merujuk kepada 'Malaya'.. Buang
'S' dan 'M', yang tinggal 'U-NO' (You? No!).. Atau, dalam bahasa 'Bajau
Samah' (salah satu etnik di Sabah), 'U NO' membawa maksud 'Dia la
itu'..
Sejarah USNO dan UMNO tidak jauh bezanya, pernah diterajui awal oleh dua
orang pemimpin tersohor yang masing-masing berjuang menuntut pembebasan
sehingga tercapainya kemerdekaan.. Kedua parti politik ini juga pernah
dibatalkan, namun berjaya dihidupkan semula.. Kini dengan jenama baru
iaitu 'USNO (Baru)' dan 'UMNO (Baru)'..
UMNO dibatalkan dalam zaman Mahathir, begitu juga USNO terhapusnya dalam
rekod sejarah politik Sabah pada zaman Mahathir.. Nama-nama seperti
Tengku Abdul Rahman dan Tun Mustapha sudah tidak asing kepada rakyat
Sabah khususnya dan Malaysia amnya..
Kenapa 'USNO (Baru)' dihidupkan semula di Sabah?.. Ianya menjadi satu titik persoalan kepada Saya Ready..
- Apakah kerana slogan 'Hidup UMNO'?
- Adakah UMNO gagal membawa aspirasi yang dikehendaki oleh rakyat Sabah?
- Atau, UMNO mahu menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan yang sama taraf dengan negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu?
Saya Ready sengaja tak nak mengulas kronologi ini, cuma hanya timbulkan
beberapa persoalan supaya pembaca dapat berfikir dan menilai dengan
sendirinya.. Kerana semua faham, dalam situasi atau susana politik masa
kini, pelbagai andaian atau persepsi buruk dilontaran terhadap
pentadbiran kerajaan UMNO Barisan Nasional di Sabah.. KENAPA?..
Sehingga berlakunya polemik membawa Sabah keluar dari Malaysia yang
digarap oleh tangan-tangan ghaib.. Isu ini terlalu kompleks dibahaskan,
dalam konteks gabungan 'Persekutuan Malaysia'.. Perdebatan demi
perdebatan dirungkaikan, semua mahu menang.. Masing-masing kemukakan
fakta dan alasan untuk santapan rakyat bagi menarik perhatian mereka..
Dengan gagasan baru ini, mampukah USNO (Baru) meyingkirkan UMNO (Baru)
di Sabah?.. Menilai lebih awal itu adalah tidak adil, Saya Ready hanya
mampu berkata.. TUNGGU DAN LIHAT!!.. Adakah rakyat Sabah mahu membuat
perubahan atau mahu merelakan keadaan seperti yang ada sekarang ini?..
Haji Dulli Tiaseh Presiden USNO (Baru) |
USNO
(Baru) mengajak 'HAYAT PERDANA USNO BARU SUPREME COUNCILS AND
DIVISIONAL
HEADS', dan penghuni alam maya ini serta penduduk Sabah amnya,
kawan-kawan dan sahabat handai, ingin mengajak sama untuk kita merenung
dan
menjiwai, apakah 'Ultra Perjuangan' yang dimiliki harus
diperjuangankan terhadap negara kita tercinta ini.
Bersesuaian dengan 'Rahmat' kemunculan dan kewujudan semula
parti USNO (Baru), yang mana pernah dan telah menempah sejarah 'Nikmat'
kepada semua penduduk Sabah tidak mengira apa bangsa atau agama yang
pernah
menikmatinya. Maka saya selaku Presiden USNO (Baru) tidak keterlaluan
mengajak, marilah kita semua sama berkorban masa, harta, tenaga, buah
fikiran dan kepercayaan yang jitu ke arah 'Satu Perjuangan' untuk
menjadikan Sabah ini dapat dipastikan mewujudkan yang pasti: Ada
KESAMARATAAN (Equality) pengagihan dalam semua bentuk Hak (Rights)
agihan daripada sumber hasil kekayaan negara ini yang tidak samarata
hingga kepada bentuk elaun guru-guru Sabah dan Semananjung, harga barang
yang tinggi, tangga gaji buruh yang tidak samarata sedangkan harga
barang
di Sabah jauh lebih mahal daripada disemananjung. Hak untuk bersuara
dalam pengagihan peluang pekerjaan dan peluang untuk menjawat jawatan
Pegawai Tinggi dari agihan orang Sabah masih ditahap yang rendah dalam
kerajaan, projek-projek kerajaan, perniagaan, perusahaan yang menjurus
kepada
pembangunan insan untuk melistarikan hidup rakyat Bumiputra Sabah.
Saya mengajak sama untuk baca serta fikirkan dan jika perlu, ayuh kita
jalankan tugas untuk menegur kerajaan negeri, bersesuaian dengan
pendirian USNO (Baru) untuk berdiri ditengah yang TIDAK menyebelahi
Kerajaan mahupun Pembangkang.
"Macamana semua ini bisa terjadi secara berleluasa?, kita lemah
dalam kuasa politik yang tidak bisa bercakap sumbang kepada kerajaan.
Kelemahan ini diambil kesempatan dalam kesempitan oleh mereka yang
mengaut kekayaan. Kita tidak berdaya
membuat kawalan yang ketat, dibuat seolah-olah negara
ini sudah hilang pedoman dan longgar segala peraturan. Lemah dalam
mentafsir perundangan yang ada seperti tiada penghuni atau kita tiada
dalam negara ini untuk mengawalselia apa yang ada, sehingga hasil
masyul kekayaan negara ini diterokai dan dibolosi".
Kita
biarkan minyak mentah dan hutan belantara kita yang tebal dengan
"virgin forests" diterokai dan dinodai. Kita tak cakap apapun, ' Au no
buli memboros/membohos atau nya uun no soro kan bani bertutur'. Kenapa
dan mengapa?. Kita TIDAK diberi KESAMARATAAN dari segi pengagihan
hasil. Ini juga telah menjadi isu panas disebabkan rakyat marah Si Petugas
ADUN dan MP tidak menjalankan kewajibannya yang sepatutnya diangkat dan
dicanang diperingkat atasan di DEWAN Negeri dan NEGARA. Tanggungjawab
ini BUKAN TERLEPAS PANDANG tetapi DILEPASKAN PANDANGAN yang
seharusnya dilaksanakan. Mereka gagal dan rakyat perlukan PEMBAHARUAN.
Kita tidak diberi kesamarataan dalam segi pengagihan hasil. HASIL dari semua sudut hasil 'you just name it'.
Apa lagi kalau cerita mengenai hasil cukai jangan ceritalah, panjang
ceritanya, itupun sudah terlepas pandang. Pada hal terlalu banyak
SUMBANGAN TETAP yang boleh diperolehi darinya.
Oleh itu kepada
semua pejuang dan yang bakal menyertai perjuangan ini, mari kita
berganding bahu untuk menyedarkan mereka yang terlupa untuk bangun
semula ATAU kembalilah semula kepangkal jalan untuk mencintai negara
sendiri. DAN kepada diri saya dan kawan-kawan serta sahabat handai
seperjuangan, saya mengajak dan menyeru supaya kita tempah
sedalam-dalamnya
apa yang harus kita bawa untuk diperjuangkan. Salah satu
daripadanya ialah untuk membetulkan dan membela "KEBENARAN" dalam
segala kepahitan yang kita lalui dan perolehi selama 22 tahun lebih USNO
terkubur. Dan JANGAN LUPA, MENERUSKAN PERJALANAN PERJUANGAN
ASAL USNO YANG MASIH JAUH KEHADAPAN. Dengan tekad semangat
yang kuat, USNO (Baru) yang diberi 'Rahmat dan Nikmat' ini akan terus
menerus meluruh kehadapan bagi menjayakan GOAL yang di ciptaNya. Dan,
kita
semua ini adalahlah Pewaris Bangsa untuk meneruskannya.. Ins sha Allah..
HAJI DULLI TIASEH
Mohd Zakaria Ilyas |
Tahniah
kerana dapat mendaftar semula USNO Parti Keramat Negeri Sabah. Ketika
saya baru berjinak-jinak dengan Politilk pada tahun 1962, saya pernah dengar
suara lantang Tun Mustapha "USNO PARTI BUMIPUTRA SABAH BERBILANG
KAUM. KITA TENTANG HABIS-HABISAN
RACIAL PARTI KERANA JIKA KITA MEMENTINGKAN BANGSA SENDIRI SAJA PASTI
SABAH AKAN HILANG KUASA DAN MERTABATNYA". USNO telah mempertahankan
ideologi ini mula pada 23 haribulan Disember 1962 hingga ke tahun 1975.
Kekuatan Sabah melalui Parti USNO telah membuat Kuala Lumpur takut dan
telah mencari berbagai jalan menjatuhkan Kerajaan USNO, Tun Razak
membantu Tun Fuad Stephens seorang pemimpin Sabah yang racist. Ingatkah
kita bahawa dalam tahun 1962 Donald Stephen yang pada ketika itu "HUGUAN
SIOU KADAZAN" telah menubuhkan Parti Kebangsaan Kadazan yang telah
membelakangkan bangsa Dusun dan Murut menyebabkan Datuk GS Sundang menubuh
PMO sebuah Parti mirip kepada perjuangan USNO ketika itu.
Donald Stephen
telah menyedari bahawa PMO besar kemungkinan akan lebih kuat, lalu memaksa GS Sundang bergabung dalam UPKO kononnya untuk
memperkasakan kedudukan Dusun, Kadazan dan Murut. Donald Stephen
membubarkan Parti UPKO dan masuk USNO dengan missi jahat yang tersirat
di hatinya mahu menumbangkan Kerajaan USNO yang semakin kuat dan perkasa
ketika itu. Tun Fuad telah bersekongkol dengan Tun Razak menjatuhkan
USNO. Tun Razak telah meluluskan Pendaftaran Parti BERJAYA yang telah
berjaya mengalahkan USNO dalam Pilihanraya Umum 1976.
Tun Razak
membantu Berjaya dengan meletakan syarat, "SHARE MINYAK 20% YANG DIMINTA
OLEH USNO YANG DIPERSETUJUINYA DIBATALKAN, DAN MAHU BERJAYA MENERIMA 5%
SAHAJA. PEMIMPIN-PEMIMPIN BERJAYA YANG OTAK UDANG TELAH MENANDATANGANI
PERSETUJUAN DENGAN MENERIMA 5%".
PERJUANGAN USNO MULA TERBANTUT KERANA
KERAJAAN KUALA LUMPUR TIDAK LAGI MEMPERDULIKAN SUARA USNO. KEMUDIAN
TIMBUL LAGI SATU PARTI BERSIFAT RACIST DAN RELIGIOUS PARTI YANG DIPIMPIN
OLEH HUGUAN SIOU, TS PAIRIN KITINGAN YANG TELAH MENUMBANGKAN KERAJAAN
BERJAYA. USNO HAMPIR2 MEMENANGI PILIHANRAYA 1985. PBS PARTI YANG
BERLANDASKAN BANGSA DAN UGAMA ITU MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA KUALA LUMPUR
SEHINGGA PBS KELUAR DARI BARISAN NASIONAL 1994.
KITA HAYATI BETAPA
PINTARNYA KUALA LUMPUR MENIPU USNO PADA 1990 SUPAYA MEMBENARKAN UMNO
MASUK KE SABAH DAN DIJANJIKAN TUN MUSTAPHA KETUA UMNO SABAH MERANGKAP KETUA
MENTERI. KEBIMBANGAN MAHATHIR MEMUNCAK KERANA USNO SUDAH MEMENANGI
SEMULA KUASA POLITIK DI SABAH LALU MEMINTA TUN MUSTAPHA MEMBUBARKAN USNO SEBELUM IA DILANTIK KETUA MENTERI.
SETELAH
BERJAYA
MEMBUBARKAN USNO DAN UMNO MASUK KESABAH, Tun Sakaran Dandai pemimpin
yang
sangat lemah pula yang dilantik Ketua Menteri Sabah. Ingatlah wahai
RAKYAT SABAH, Parti-parti yang telah merosakkan USNO semuanya sudah mati
dan mana-mana Parti dan Pemimpin yang masih hidup sudah menjadi
anjing-anjing Kuala Lumpur. Setelah Tun Mustapha meninggal
pemimpin-pemimpin USNO yang telah menyedari kesilapan pemimpin-pemimpin
USNO pada masa lalu
telah memohon mendaftar kembali Parti USNO tetapi ditentang keras oleh
UMNO.
Syukurlah dengan kepimpinan, ketabahan dan kegigihan seorang
Pemimpin, TUAN HAJI DULI TIASEH bersama dengan beberapa pemimpin yang
lain telah berjaya mendaftarkan kembali USNO pada 28hb September, 2013
iaitu 22 tahun USNO terkubur.
Saya ingin mengajak semua rakyat Sabah
supaya kembali menyokong Perjuangan USNO untuk mengembalikan semua hak-hak
Rakyat dan Negeri Sabah yang telah hilang diambil oleh Kuala Lumpur.
Untuk menjayakan missi USNO ini "KAMI BARISAN PEMIMPIN BARU USNO"
mengajak dan meminta semua Pemimpin-pemimpin Bumiputra Sabah menyokong,
menyumbangkan idea-idea yang bernas dan boleh membantu USNO untuk
mencapai matalamatnya.
Suarakan pandangan kamu dengan lantang tanpa
segan silu. Beritahu kami apa yang harus kami buat untuk memperjuangkan
nasib anda. Kami akan berjuang bersendirian tanpa bergabung dengan
mana-mana Parti yang lain samaada Barisan Nasional atau parti-parti lain di luar Barisan Nasional.
WADAH PERJUANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BARU USNO IALAH
MEMBERI KHIDMAT, MENGEMBALIKAN KEBEBASAN, KESAMARATAAN, HAK-HAK, LIBERTI,
KEMAKMURAN DAN KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGERI SABAH. MOGA DENGAN SOKONGAN
PADU RAKYAT DAPAT KITA MEREALISASIKAN WADAH PERJUANGAN INI".
TERIMA
KASIH ATAS SOKONGAN RAKYAT SABAH.
Mohd Zakaria Ilyas
No comments
Post a Comment