oleh :Ustaz Azhar bin Yahya
Ketika perseteruan di antara parti-parti
politik semakin memuncak, PAS bersama-sama Gagasan Sejahtera mengusulkan
cadangan pembentukan sebuah Kerajaan Teknokrat demi membina Malaysia
yang sejahtera.
Kerajaan Teknokrat adalah pembentukan
kerajaan melibatkan pakar-pakar dalam sesuatu bidang, dan tidak hanya
tertumpu kepada ahli-ahli politik semata-mata. Mereka boleh dilibatkan
dibahagian pelaksana (eksekutif) mahupun dilantik sebagai ahli Dewan
Negara.
Cadangan ini bertepatan pada masanya kerana;
1) Golongan pakar perlu bagi memastikan perlaksanaan polisi sesebuah negara dapat dilaksanakan dengan baik.
2) Mengambil pendirian Saidina Abu Bakar
R.A. ketika menjadi khalifah ; “benar itu amanah, salah itu khianat”.
Ini bermaksud seseorang pemerintah perlu ditegur bagi menghasilkan
keputusan yang “benar” dan bermaklumat (informed decision) bukan atas
kepentingan politik semata-mata.
3) Meredakan ketegangan politik hari ini
yang tiada berkesudahan. Sekurang-kurangnya kita bersatu bersandarkan
kepada kepakaran masing-masing untuk membentuk negara yang sejahtera.
4) Mengembalikan fungsi Parlimen sebagai
‘check and balance’ serta mengukuhkan fungsi sebenar sektor eksekutif
negara yang berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat.
5) Bertepatan dengan prinsip Islam.
Pemerintahan adalah tanggungjawab, memformulasi sesuatu polisi dan dasar
juga adalah tanggungjawab, kesemuanya ada penghitungan dosa dan pahala.
Maka, sewajarnya cadangan Kerajaan
Teknokrat ini diambil perhatian oleh rakyat Malaysia. Mari kita kembali
kepada politik yang berasaskan kejujuran, keikhlasan dan
kebertanggungjawaban. Ayuh bersama Gagasan Sejahtera membina Malaysia
Sejahtera.
Undilah PAS.
“Kita Sejahtera Bersama”
Ustaz Azhar bin Yahya adalah YDP PAS Kawasan Batu
No comments
Post a Comment