NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berjiwa Besar: Dr. Zuhdi mohon maaf secara terbuka selepas ditegur



Sehari dua ini telah tersebar di dunia maya perihal perlakuan keras saya terhadap dua orang penyoal sewaktu sesi terakhir Forum anjuran Sinar Harian pada 19 April 2018 yang lalu. Kesempatan ini telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang saya, apatah lagi setelah diumumkan oleh PAS bahawa saya akan menjadi calon PAS di parlimen P108 Shah Alam dalam PRU 14 ini.

Saya telah membuat semakan daripada mana punca isu ini bermula. Setelah dilakukan semakan, saya dapati punca isu ini adalah dari posting seorang penceramah dan pendakwah yang bernama Ustaz Abu Syafiq. Saya tidak begitu kenal rapat dengan beliau, tetapi saya mengikuti perkembangan ceramah beliau tentang hujah-hujah pegangan Asha'irah yang juga menjadi pegangan saya.

Bagi mengetahui niat beliau membuat posting tersebut, saya telah berkomunikasi langsung dengan beliau. Saya telah menjelaskan, respon saya yang keras itu adalah disebabkan penyoal pertama telah menerjah dengan keras dan cuba memalukan panelis dengan gelaran yang tidak wajar. Saya juga menerangkan jari tengah yang tertunjuk itu sebenarnya tidak dilakukan dengan sengaja untuk motif menghina.

Beliau telah membalas penjelasan saya dengan menyebut, diapun tidak mengatakan saya buat isyarat lucah angkat jari tengah. Ustaz Abu Syafiq menyebut, yang dia maksudkan ialah menunjuk kepada seseorang menggunakan jari tengah adalah tidak sopan berdasarkan uruf kita. Jika kita ingin menunjuk pada seseorang cara yang sebaiknya menggunakan ibu jari, itulah yang sewajarnya dilakukan.

Dia seterusnya mengingatkan saya, sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang besar (PAS) akhlak yang ditunjukkan oleh saya sewaktu memberi respon kepada soalan dua orang penanya itu adalah tidak wajar sama sekali. Sebagai seorang Islam, kita perlu bersabar apabila berhadapan dengan situasi tersebut dan tidak menunjukkan rasa marah walaupun diserang sepertimana yang telah berlaku.

Beliau telah memperingatkan saya dengan dua hadith Rasulullah saw yang mulia:

ŁˆَŲ„ِŁ†ِ Ų§Ł…ْŲ±ُŲ¤ٌ Ų“َŲŖَŁ…َŁƒَ ŁˆَŲ¹َŁŠَّŲ±َŁƒَ ŲØِŁ…َŲ§ ŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŁِŁŠŁƒَ ، ŁَŁ„Ų§ ŲŖُŲ¹َŁŠِّŲ±ْŁ‡ُ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŁِŁŠŁ‡ِ

Dan sekiranya seseorang mencerca dan memalukan kamu atas apa yang dia tahu tentang kamu, maka janganlah kamu malukannya atas apa yang kamu tahu tentang dia.

Ų§Ų¹Ł Ų¹Ł…Ł† ŲøŁ„Ł…Łƒ، ŁˆŲµŁ„ Ł…Ł† Ł‚Ų·Ų¹Łƒ، ŁˆŲ£Ų­Ų³Ł† Ų„Ł„Ł‰ Ł…Ł† Ų£Ų³Ų§Ų” Ų„Ł„ŁŠŁƒ، ŁˆŁ‚Ł„ Ų§Ł„Ų­Ł‚ ŁˆŁ„Łˆ Ų¹Ł„Ł‰ Ł†ŁŲ³Łƒ

Maafkan kepada sesiapa yang menzalimi kamu, hubungkan silaturrahim mereka yang memutuskan dengan kamu, berbuat baik ke atas mereka yang berbuat jahat kepada kamu dan berkatalah benar walaupun terhadap diri sendiri.

Setelah mendengar penegasan beliau, maka saya dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada dua orang penanya (Encik Mahmud dan Dato Ibrahim) yang telah mengajukan pandangan di akhir forum tersebut, atas keterlanjuran saya berkelakuan keras.


Dr Mohd Zuhdi Marsuki adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo