oleh: Syed Ahmad Fadhli
3 April 2018
1. Sepertimana dijangka, pendirian PAS menyokong RUU Anti Berita Tidak Benar menjadi bahan serangan DAP dan anak didik kesayangannya, PAN. PAN mendakwa ia adalah bukti PAS bersekongkol dengan UMNO. DAP mendakwa ini bukti PAS menjadi sebahagian daripada BN. DAP terkejut dengan tindakan PAS menyokong RUU yang dikatakan mencabuli hak asasi manusia.
2. Untuk menjawab persoalan ini mudah sahaja sebenarnya.
a) Adakah Islam dan undang-undang membenarkan penyebaran berita fitnah dan palsu?
b) Adakah menyebarkan berita fitnah termasuk dalam hak asasi manusia dan hak kebebasan bersuara?
c) Adakah salah bagi PAS untuk menyokong RUU yang baik untuk masa depan masyakat dan negara?
e) Pada sidang Ogos 2017, PAS sahaja bersendirian menentang RUU 164 manakala PH bersekongkol dengan BN meluluskan RUU tersebut.
Mengapa ketika itu tidak pula timbul tuduhan PH bukan lagi Pembangkang dan menjadi sebahagian BN?
f) Mengapa ketika PAS menolak Kajian Semula Persempadanan Pilihan Raya, PH tidak kata ini bukti PAS bersekongkol dengan UMNO-BN? Bahkan, juak PH menyebar 'fake news' kononnya Ahli Parlimen PAS berkecuali dan menyokong persempadanan tersebut.
3. Bagi masyarakat awam yang tidak tahu berkenaan RUU Anti Berita Tidak Benar pasti akan mudah terpedaya dengan omongan PH yang senantiasa mengelirukan rakyat.
RUU Anti Berita Tidak Benar ini boleh digunapakai oleh semua pihak yang menjadi mangsa berita palsu dan fitnah samada anda bergelar pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang mahupun rakyat biasa.
Dalam Fasal 7 RUU ini memberikan kuasa kepada Mahkamah sebagai badan bebas untuk memerintahkan penghapusan penerbitan berita yang mengandungi berita tidak benar.
Fasal 7 (1);
"Mana-mana orang yang disentuh oleh sesuatu penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh memohon secara ex-parte kepada Mahkamah bagi suatu perintah bagi penghapusan penerbitan itu."
Dalam Fasal 8 RUU ini memberikan ruang kepada orang yang menerbitkan sesuatu berita tidak benar membuat permohonan pengetepian perintah penghapusan penerbitan dalam masa 14 hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepadanya.
4. Hanya pendokong dan pejuang berita fitnah sahaja yang patut takut dengan RUU ini.
Hukuman yang dikenakan ialah denda maksima RM 500,000 atau penjara maksima 6 tahun atau kedua-duanya sekali. Jikalau anda menerbitkan berita yang benar, apa pula yang menjadi ketakutannya?
PAS bukan seperti PH, hanya tahu menentang segala perkara yang dibuat oleh Kerajaan.
PAS berpegang kepada prinsip bertolong bantu ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Fitnah adalah perkara mungkar, PAS semestinya tidak takut untuk menyatakan pendirian menentang fitnah kerana mana mungkin kebenaran tunduk kepada kebathilan.
5. Oleh kerana PH begitu bersungguh menolak RUU ini, mohon cadangkan dalam Manifesto PH dimasukkan juga "PH mahu memperjuangkan hak asasi memfitnah dan menyebar berita palsu".
PH mahu memerintah negara dengan acuan fitnah dan palsu?
PH mahu meruntuhkan kejahilan lama versi BN lalu digantikan dengan kejahilan baru versi PH?
PH mahu memperjuangkan hak kebebasan tanpa had seperti ateis dan LGBT?
Syed Ahmad Fadhli adalah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
*Kenapa perlu takut?'berkata benar walau dihadapan pemimpin yang zalim'.kenapa terkejut bila pas sokong?pelik sungguh manusia ni.akhir zaman semua fitnah jadi mainan.
*Tertubuhnya mereka pun kerana fitnah juga jadi tidak hairan,fitnah tak boleh 'disentuh'.
*Gariskan sejuta alasan sekalipun, secara logik semua orang wajib sokong antiberita palsu dan fitnah. Ini Islam yang suruh.
No comments
Post a Comment