NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buku ‘Malaysia Tanpa BN?’ kupas isu politik semasa




KUALA LUMPUR 4 April - Buku berjudul ‘Malaysia Tanpa BN’ berjaya mengupas tentang pelbagai isu politik semasa dan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, buku nukilan penganalisis politik, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim dan Prof. Dr. Nasrudin Mohammed itu turut mendalami kisah-kisah masyarakat masa lalu yang sepatutnya diketahui generasi sekarang.

“Buku ini lebih kepada isu semasa tetapi turut mengandungi situasi-situasi yang berlaku pada 1974. Dahulu, semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, pembangkang memainkan sentimen tsunami Cina dan ia tidak mengubah apa-apa. 

[ads-post]

“Sekarang mereka menyentuh tentang tsunami Melayu pula dengan memberi tumpuan kepada UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku tersebut di Bangunan Parlimen hari ini. 

Sementara itu, Ahmad Faris memberitahu, tujuan buku berkenaan ditulis adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang keupayaan dan kewibawaan BN memerintah negara. 

Tambah beliau, ia amat berbeza dengan corak pemerintahan dan pentadbiran Pakatan Harapan diketuai DAP yang dilihat hanya dipenuhi janji-janji kosong. - UTUSAN ONLINE 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo