NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

39 penunjuk perasaan terbunuh; Palestin desak campur tangan PBB


Duta Palestin ke PBB mendesak campur tangan PBB setelah tentera Israel membunuh 39 penunjuk perasaan di Gaza semenjak 30 Mac lalu.

Riyad Mansour telah meminta Majlis Keselamatan PBB untuk menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat "jenayah" Israel termasuk membunuh dan mencederakan para penunjuk perasaan di Gaza.

Beliau dipetik berkata kepada wartawan di New York, "Tentera Israel tidak mendengar kata dan terus melakukan pembunuhan beramai-tamai."

Kenyataan ini dikeluarkan setelah tentera Israel menembak mati empat orang lagi rakyat Palestin, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan mencederakan ratusan yang lain dalam tunjuk perasaan besar-besaran untuk mendesak hak pelarian Palestin dikembalikan, pada hari Jumaat.

Seramai 39 orang telah dibunuh Israel semenjak tunjuk perasaan bermula akhir Mac lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 4000 orang telah tercedera sepanjang tunjuk perasaan berlangsung.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo