NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

31 terkorban serangan pengebom di pusat daftar pengundi Kabul


Serangan pengebom bunuh diri di pusat pendaftaran pengundi di Kabul, Afghanistan mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 50 yang lain.

Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pendaftaran pengundi bermula pada bulan ini untuk pilihanraya yang akan berlangsung Oktober nanti.

Agensi berita IS, Amaq, melaporkan pengebom bunuh diri memakai tali pinggang dilengkapi peledak, menyasarkan pusat tersebut yang terletak di Dashte Barchi di barat Kabul.

Sekurang-kurangnya empat serangan terhadap pusat begini semenjak pendaftaran pengundi dilakukan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo