NOTIS:
Tak perlu layan Husam: Takiyuddin
Post Oleh :
One Media S
pada
3/03/2018 06:00:00 pm
SHAH ALAM - PAS tidak perlu melayan gesaan untuk menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kesahihan audio rakaman yang didakwa milik Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung penerimaan sejumlah wang dari Umno.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, isu yang dibangkitkan Pengerusi amanah Kelantan, Husam Musa itu hanya bersifat 'bankrap' isu.
"PAS pula cabar Husam supaya tampil dengan bukti kukuh termasuk masa, tempat dan sebagainya bagi menyokong dakwaannya itu.
"Hanya orang bodoh yang mengakui dakwaan seumpama itu, tampil dan dedahkan kesemua rakaman tersebut," katanya yang dipetik dari portal Astro Awani.
Beliau berkata, perkara siasat itu biasa tetapi tidak sampai memerlukan satu penyiasatan kerana sekali imbas ia sudah diketahui tulen atau tidak.
“Bagi saya orang yang bergantung seumpama ini orang dah bankrap isu, sebab itu saya kata halangan pada PAS sekarang ini ialah fitnah,” katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika di minta mengulas mengenai dakwaan Husam berhubung audio rakaman yang diperolehinya.
Terdahulu, Husam mengakui rakaman audio yang tular di media sosial mendakwa Nik Mohamad Abduh menerima sejumlah wang daripada Umno, berasal daripada dirinya.
Husam turut mencabar Nik Mohamad Abduh supaya menafikan suara dalam rakaman audio tersebut bukan dirinya.
Menurut Husam, dia bersedia disaman oleh Nik Mohamad Abduh jika dakwaannya salah.
Kandungan rakaman itu mengandungi suara seorang lelaki yang bercakap dengan nada suara yang tinggi mengakui menerima wang daripada Umno yang dikaitkan dengan Nik Mohamad Abduh.
Turut dipetik dalam rakaman itu ialah nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun, Nik Mohamad Abduh melalui laman Facebooknya sudah menafikan sekeras-kerasnya suara dalam rakaman itu adalah dirinya, malah menganggap ia sebagai karut dan fitnah ke atas dirinya serta PAS.--SinarHarian
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.