KUALA LUMPUR: Kadar obesiti di Malaysia merupakan bukti rakyat negara ini tidak susah disebabkan ekonomi.
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN - Kinabatangan) berkata ini kerana ramai yang 'terlebih makan'.
"Saya dengar Ketua Pembangkang kata banyak orang tiada peluang pekerjaan, kurang dapat makanan berkhasiat. Saya rasa ini penyebaran berita palsu.
"Mana ada semua itu. Saya lihat negara kitalah yang paling banyak rezeki makanan.
"Banyak orang mati. Mati lebih makan. Banyak obesiti, banyak kencing manis, banyak sakit jantung sebab hari-hari makan daging. Hari-hari makan ayam," kata Bung Mokhtar.--AstroAwani
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.