NOTIS:
PRU14: Bebas Fitnah Jika Pada Bulan Puasa
Post Oleh :
One Media S
pada
3/06/2018 10:10:00 pm
IPOH – Wanita Gerakan berpandangan jika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan pada bulan Ramadan ini ia akan menjadi pilihan raya yang bebas daripada fitnah, tohmahan dan caci-maki.
Ketuanya Datuk Tan Lian Hoe berkata parti itu juga tidak mempunyai masalah sekiranya PRU diadakan pada bulan berkenaan kerana sekalipun ramai yang berpuasa terbukti ibadat itu tidak mengganggu perjalanan pilihan raya berdasarkan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Saya ingat ia lebih aman sebab waktu pilihan raya adalah untuk kita memilih pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang berintegriti tinggi dan bukan sewaktu kempen untuk mencaci-maki sesuatu parti atau calon,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Aktiviti Warga Emas di Pusat Transformasi Bandar, di sini hari ini.
Beliau juga menolak tanggapan PRU14 pada bulan Ramadan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
“Apa yang penting, rakyat hanya mahu calon yang bertanding boleh membantu mereka dan bukan seorang yang hanya pandai menabur janji tetapi janji tidak dikotakan,” katanya.-- BERNAMA
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.