NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengguna AS saman Facebook




SAN FRANCISCO 28 Mac – Tiga pengguna aplikasi Facebook Messenger menyaman Facebook Inc. (Facebook) dengan alasan rangkaian sosial tersebut melanggar hak privasi dengan mengumpulkan rekod panggilan telefon dan mesej teks mereka.


MARK ZUCKERBERG


Tindakan ini adalah antara cabaran undang-undang terbaharu yang dihadapi syarikat tersebut selepas skandal penyalahgunaan data oleh sebuah firma perunding politik, Cambridge Analytica.


Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan di daerah utara California ini masih lagi mengkaji tuntutan yang dibuat oleh seseorang bagi pihak pengguna yang terjejas dengan jumlah ganti rugi yang tidak dapat dipastikan.

Wakil Facebook juga tidak dapat dihubungi untuk memberi komen berhubung saman itu.

Facebook yang terpalit dengan skandal pengendalian data peri­badi mengakui telah merekodkan beberapa panggilan pengguna dan mesej teks, namun dibuat apabila pengguna sistem operasi Android memilih untuk berbuat demikian.

Kata Facebook lagi, syarikatnya tidak mengumpul kandungan panggilan atau mesej teks dan maklumat serta disimpan dengan selamat.

“Data tersebut turut tidak dijual kepada pihak ketiga,” kata­nya pada Ahad lalu.

Android dimiliki oleh Google Alphabet Inc., yang tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.

Sementara itu, Ketua eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dijang­ka memberi keterangan di hadapan Kongres AS berhubung skandal penjualan data pengguna laman sosial milik syarikat itu kepada pihak ketiga.

Sumber rapat dengan Kong­res memaklumkan Zuckerberg berdepan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen dari AS dan Eropah yang mahukan penjelasan bagaimana firma perunding politik boleh memiliki data 50 juta pengguna Facebook. – REUTERS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo