PAS DAN CABARAN SEGENAP PENJURU
Kalangan yang sempit pemikiran politik tidak boleh memahami hanya sekadar dua penjuru sahaja, sama ada menyokong kerajaan atau melawan kerajaan dengan apa cara sekalipun, tidak ada lagi pilihan yang lain dalam perjalanan politiknya.
Rasulullah S.A.W yang berpolitik dengan petunjuk Al-Quran melakukan baiah sebelum berhijrah dengan mereka yang sedia bersama Islam, hanya kalangan yang sedia menghadapi tentangan yang datang daripada segenap penjuru.
Baginda S.A.W menolak kalangan Bani Amir yang bertanyakan kabinet bayangan ketika hanya masih bermimpi mendapat kuasa, dan menolak Bani Syaiban yang hanya bersedia menghadapi Kabilah Arab yang sebangsa dengan mereka, namun tidak bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru, di antaranya kalangan musyrikin, munafiqin, ahli kitab di Madinah dan dari luar Parsi dan Rom.
Akhirnya Baginda S.A.W menerima baiah ‘Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah, apabila mereka tidak hanya mengucap dua kalimah syahadah, bahkan mereka bersedia dengan baiah berdepan dengan seluruh penjuru dunia yang menentang Islam. Kemudian bertahaluf dengan kaum Yahudi Madinah, menerima Kristian Najran dan Musyrikin yang menerima Piagam Madinah yang mendaulatkan Islam.
Langkah Rasulullah S.A.W bertepatan dengan risalah dakwah berkonsepkan tiada paksaan terhadap penganut berbagai agama dan kalangan berbilang kaum dan bangsa. Adapun politik Baginda S.A.W memerintah masyarakat majmuk yang berkonsepkan rahmat kepada seluruh manusia dan adil terhadap semua, menyebabkan perjuangannya ditentang oleh semua pihak yang datang daripada timur dan barat, utara dan selatan.
Allah membahagikan manusia itu bukan sahaja beriman, munafik dan kafir dari segi sikapnya terhadap Islam. Tetapi dibahagikan pula kalangan yang bersahabat dan bermusuh secara terbuka dan bersembunyi, berilmu dan jahil dari segi akalnya. Dibahagikan juga, sikap mereka yang telah pun Islam terhadap petunjuk Allah dalam kehidupan dunia ini, namun ada yang cuai dan malas, ada sederhana dan ada pula yang sangat taat, di samping tidak sama pengetahuan dan amalannya terhadap Islam. Ini dinyatakan oleh firman Allah:
﴿ŁَŲ§ŁَّŲ°ِŁ Ų£َŁْŲَŁْŁَŲ§ Ų„ِŁَŁْŁَ Ł ِŁَ Ų§ŁْŁِŲŖَŲ§ŲØِ ŁُŁَ Ų§ŁْŲَŁُّ Ł ُŲµَŲÆِّŁًŲ§ ŁِŁ َŲ§ ŲØَŁْŁَ ŁَŲÆَŁْŁِ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŲØِŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِŁِ ŁَŲ®َŲØِŁŲ±ٌ ŲØَŲµِŁŲ±ٌŁ£Ł” Ų«ُŁ َّ Ų£َŁْŲ±َŲ«ْŁَŲ§ Ų§ŁْŁِŲŖَŲ§ŲØَ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų§ŲµْŲ·َŁَŁْŁَŲ§ Ł ِŁْ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِŁَŲ§ ŁَŁ ِŁْŁُŁ ْ ŲøَŲ§ŁِŁ ٌ ŁِŁَŁْŲ³ِŁِ ŁَŁ ِŁْŁُŁ ْ Ł ُŁْŲŖَŲµِŲÆٌ ŁَŁ ِŁْŁُŁ ْ Ų³َŲ§ŲØِŁٌ ŲØِŲ§ŁْŲ®َŁْŲ±َŲ§ŲŖِ ŲØِŲ„ِŲ°ْŁِ Ų§ŁŁَّŁِ Ų°َŁِŁَ ŁُŁَ Ų§ŁْŁَŲ¶ْŁُ Ų§ŁْŁَŲØِŁŲ±ُŁ£Ł¢﴾ [ŁŲ§Ų·Ų±: 31-32]
“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad S.A.W) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata). (32)” (Surah Fatir: 31-32)
PAS terlibat sejak awal menentang penjajah bersama masyarakat beragama Islam yang berbagai tahap kefahaman dan ilmunya, dan juga bersama penganut bukan Islam berbagai agama dan ideologi yang diperjuangkannya dengan sikap yang berbeza terhadap Islam.
PAS boleh bersama puak kanan dan kiri yang menentang penjajah pada dasarnya, namun PAS menolak kumpulan kiri yang bertindak keras dan kumpulan kanan yang hanyut mengikut agenda penjajah. PAS menyertai pilihan raya tiga penjuru dan empat penjuru menentang PERIKATAN (Umno, MCA, MIC), Parti Negara dan Front Sosialis. PAS tidak masuk hutan bersama kumpulan kiri yang keras.
Walaupun PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 dan satu-satunya parti pembangkang dengan hanya satu kerusi, tetapi berjaya meletakkan titik persamaan dengan UMNO untuk menjadikan Islam adalah Agama Persekutuan dan kuasa raja-raja, walaupun hanya sekadar sedikit kuasa yang diberikan kepada negeri dan raja-raja, serta hak kebebasan kepada berbagai agama yang dianuti oleh masyarakat majmuk, sehingga menjadi konsep diterima oleh MCA dan MIC (Pakatan Harapan belum wujud).
Adapun PAS terus menjadi pembangkang yang menyertai pilihan raya selepas kemerdekaan sehingga kini, kerana menentang kecuaian UMNO dalam pelaksanaan syariat Islam walaupun telah berkuasa lebih daripada setengah abad. Namun tidak menafikan agenda agama Islam seperti mendirikan masjid, membenarkan pengajian Islam, bank Islam dan muamalat ekonomi Islam. PAS tetap menentang kecuaiannya tidak mengharamkan riba, melesenkan arak, judi dan maksiat sehingga tidak ada kuasa kepada Mahkamah Syariah bagi dilaksanakan hukum Islam walaupun terhadap umat Islam sahaja, tanpa menyentuh penganut agama bukan Islam.
PAS tetap menentang UMNO secara beradab dan bersopan, walaupun berlakunya ketidakadilan terhadap kerajaan PAS Terengganu sehingga merampas Royalti Petroleum dan menafikan hak Kelantan, namun PAS tidak berjuang mengeluarkan Kelantan dan Terengganu daripada Malaysia. Walaupun hak diberikan kepada Sarawak dan Sabah, tetapi PAS tetap bersama dalam Malaysia, tidak seperti kalangan yang menyebarkan fahaman anti semenanjung di Sabah dan Sarawak dan mengajak negara asing campur tangan urusan tanah air tercinta ini.
PAS bertindak secara sopan dalam isu 1MDB dengan bersemuka secara berdepan dan berhujah tanpa mendesak campur tangan asing, namun Melayu PAS tidak lupa terhadap isu yang berantai sebelumnya seperti BMF, PERWAJA, PETRONAS, Tabung Haji, FOREX, KWSP dan menghapuskan konsep negara kebajikan kepada negara kerajaan berniaga.
Walaupun memakan masa yang panjang, di mana kalangan yang terlibat masih berada dalam kehidupan dunia, maka PAS tidak bersama dengan saki baki yang pernah menjadi punca masalah yang masih menjadi penyakit sehingga kini, di mana PAS tidak bersama tindakannya menjadi pembangkang yang tidak bersopan.
PAS juga menentang GST yang membebankan rakyat, bukannya sekadar memburu pencuri cukai dan SST yang tidak mencukupi, tetapi kerana kesilapan mereka yang pernah memimpin negara beberapa lama dahulu.
PAS bukan hanya menyatakan tidak bersetuju, tetapi mengemukakan cadangannya sendiri dalam konsep percukaian bagi menampung kewangan negara kerana mewarisi kesilapan pemimpin UMNO yang terdahulu. PAS bukannya seperti mereka yang hanya menentang untuk merebut kerusi di Putrajaya, namun mengekalkan mereka yang terlibat dalam kesilapan yang berlalu.
PAS wajib menentang parti yang nyata anti Islamnya, bersama Melayu yang diperkudakan dan pengkhianat yang bersekongkol dengannya yang bakal menjadi laksana ekor cicak yang putus daripada badannya kerana meninggalkan PAS.
Kini mereka berani bersuara tanpa sopan terhadap sensitiviti umat Islam dengan kenyataannya yang terbuka dalam urusan umat Islam. Namun PAS tidak bermusuh dengan mereka yang bersopan terhadap umat Islam. Ini berpandukan firman Allah:
﴿Ų¹َŲ³َŁ Ų§ŁŁَّŁُ Ų£َŁْ ŁَŲ¬ْŲ¹َŁَ ŲØَŁْŁَŁُŁ ْ ŁَŲØَŁْŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¹َŲ§ŲÆَŁْŲŖُŁ ْ Ł ِŁْŁُŁ ْ Ł َŁَŲÆَّŲ©ً ŁَŲ§ŁŁَّŁُ ŁَŲÆِŁŲ±ٌ ŁَŲ§ŁŁَّŁُ ŲŗَŁُŁŲ±ٌ Ų±َŲِŁŁ ٌŁ§ ŁَŲ§ ŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ ُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁ ْ ŁُŁَŲ§ŲŖِŁُŁŁُŁ ْ ŁِŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŁَŁ ْ ŁُŲ®ْŲ±ِŲ¬ُŁŁُŁ ْ Ł ِŁْ ŲÆِŁَŲ§Ų±ِŁُŁ ْ Ų£َŁْ ŲŖَŲØَŲ±ُّŁŁُŁ ْ ŁَŲŖُŁْŲ³ِŲ·ُŁŲ§ Ų„ِŁَŁْŁِŁ ْ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ Ų§ŁْŁ ُŁْŲ³ِŲ·ِŁŁَŁØ Ų„ِŁَّŁ َŲ§ ŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ ُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŲ§ŲŖَŁُŁŁُŁ ْ ŁِŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŲ£َŲ®ْŲ±َŲ¬ُŁŁُŁ ْ Ł ِŁْ ŲÆِŁَŲ§Ų±ِŁُŁ ْ ŁَŲøَŲ§ŁَŲ±ُŁŲ§ Ų¹َŁَŁ Ų„ِŲ®ْŲ±َŲ§Ų¬ِŁُŁ ْ Ų£َŁْ ŲŖَŁَŁَّŁْŁُŁ ْ ŁَŁ َŁْ ŁَŲŖَŁَŁَّŁُŁ ْ ŁَŲ£ُŁŁَŲ¦ِŁَ ŁُŁ ُ Ų§ŁŲøَّŲ§ŁِŁ ُŁŁَŁ©﴾ [Ų§ŁŁ Ł ŲŖŲŁŲ©: 7-9]
“Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah Mumtahanah: 7-9)
Inilah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sinonim dengan konsep demokrasi berdepan secara damai, sama ada terhadap umat Islam yang berbeza pendapat dan melakukan kesilapan yang wajib dibetulkan, termasuk juga sikap terhadap bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam bahkan menerima pemerintahan Islam.
PAS tidak boleh membiarkan kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam dengan jelas mahu menggugat kuasa politik umat Islam dan para pengamal politik oportunis yang berkeliaran mencari jalan mudah dan jalan pintas ke Putrajaya walaupun meredah hutan politik untuk berkuasa semata-mata walaupun berwala’ kepada musuh Islam.
PAS memilih konsep demokrasi dalam amalan politiknya dengan beristiqamah bersama Islam sejak ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga kini, dan melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sejak kedatangannya di nusantara ini. Sehingga kekuatan Islam tidak boleh dimurtadkan oleh penjajah barat yang membawa agenda mengembangkan agama Kristian yang dibawanya. Pendekatan politik secara damai dilaksanakan sehinggalah penjajah itu terpaksa mengadakan Jabatan Agama Islam bagi mengepung kuasa politik Islam dalam skop yang sempit.
Maka PAS kini menubuhkan Gagasan Sejahtera yang mempertahankan kuasa politik Islam dalam masyarakat majmuk dan pelaksanaan Islam yang sempurna, dengan persediaan menghadapi pilihan raya menentang BN yang telah lama berkuasa yang perlu direhatkan dan pihak parti pembangkang lain yang tidak sama dasar dan pendekatannya dengan PAS, yang mengumpulkan kumpulan anti Islam dan oportunis politik sementara waktu.
PAS juga memperkenalkan politik matang dan sejahtera, tujuannya membersihkan politik temberang, bohong, fitnah dan melampau, serta kalangan yang hanya mencari kesempatan berkuasa tanpa dasar yang betul dan hala tuju yang benar-benar menyelamatkan rakyat dan negara bersama Islam.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Rejab 1439 / 18 Mac 2018