NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa DAP Pilih Mahathir, Bukan Presiden PAS?


Ada sebab DAP memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri (PM) dan bukannya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika parti Islam itu bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), kata bekas aktivis PKR, Dato’ Zulkifli Noordin.

Rumus Zulkifli, DAP tidak akan menyokong mana-mana tokoh yang tidak boleh berkompromi dengan prinsip perjuangan partinya itu.

Menceritakan lanjut, Zulkifli berkata dalam satu perbualan dalam aplikasi WhatsApp, aktivis PAN berbangga dengan pencalonan Dr Mahathir sebagai calon PM bagi pihak PH dalam jangka waktu yang singkat, sedangkan perkara itu tidak berlaku terhadap Abdul Hadi semasa menyertai PR.

Zulkifli berkata beliau menyokong kenyataan aktivis PAN itu kerana perkara itu sudah terkandung dalam Al Quran surah Al Baqarah : 120 yang bermaksud “Kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian) sekali-kali tidak akan redha sehinggalah kamu mengikut cara hidup hidup mereka.”

“Itu jawapan saya kepada puak-puakk PAN dalam group WhatsApp ini. Dia (PAN) kata kita kagum dengan Mahathir dalam tempoh singkat DAP angkat sebagai bakal Perdana Menteri.

“Hadi Awang, dia kata bertahun-tahun (dalam PR), DAP pandang pun tidak kepadanya. Dia kata hebat Dr Mahathir.

“Saya kata betullah. Itu yang Allah sebut (dalam surah Al Baqarah : 120). Haji Hadi Awang tidak pernah mahu ikut cara hidup mereka (DAP). Bila datang hal Islam, dia (Abdul Hadi) cuba pertahan. Dia (DAP) tidak redha (dengan Abdul Hadi), sebab itu dia (DAP) cari jalan tegang.

“Tapi bila Dr Mahathir yang sentiasa u-turn. Sampai hari ini, dia (Mahathir) kata DAP parti yang bagus. Redhalah dia (DAP kepada Dr Mahathir),”kata Zulkifli dalam Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-10, bertemakan Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata tindakan mencalonkan semula Pengerusi PH sebagai bakal PM berlawanan dengan sikap penentangan DAP terhadap Dr Mahathir yang pernah menjadi PM selama 22 tahun yang lalu

Walau bagaimanapun Zulkfili berkata soal Dr Mahathir mahu kembali menjadi PM bukan isu utama, tetapi yang lebih penting parti mana yang paling dominan menentukan siapakah PM.

“Isunya bukan isu siapa yang jadi PM. Isunya adalah siapa yang akan bentuk kerajaan dan siapa yang akan jadi dominan.

“Yang dominan dalam BN adalah UMNO.. Yang dominan dalam Pakatan Harapan adalah DAP. Semua orang tahu itu.

“Apakah Mahathir jadi PM akan mengubah dominan DAP. Tidak berubah. DAP tetap dominan. Dalam konteks itu, kalau kerajaan yang memerintah adalah Kerajaan DAP, adakah ia menjaga, memartabat, membela dan memperkasa agama bangsa dan negara?

- Zulkifli Nordin

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo