NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan terus tuntut royalti petroleum seperti Sarawak - MB




KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan terus berusaha menuntut royalti hasil petroleum dari kawasan Thailand Joint Development Authority (MTJDA) lebih 120 Batu Nautika dari pantai negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri merupakan sebuah kerajaan yang sah dan dipilih oleh rakyat yang mempunyai hak ke atas tuntutan yang dibuat ke atas lima peratus hasil pengeluaran petroleum di kawasan berkenaan.

Kerajaan Pas Kelantan juga akan melihat kaedah yang digunakan Sarawak selepas berjaya memperolehi tuntutan royalti dan penurunan kuasa dari Kerajaan Persekutuan bagi membolehkannya mengemudi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.

''Kita juga sebuah kerajaan yang sah maka tidak mustahil kita boleh menuntut sebagaimana yang dilakukan Sarawak sebab sememangnya kalau kita lihat perjanjian dulu kita dapat cash dua kali setahun.

''Insyaallah kita akan buat tuntutan. Sekarang ini terma undang-undang masih dibuat.

''Ini hak rakyat, kita berusaha untuk dapatkan kembali royalti minyak dan kita akan fikir bagaimana kaedah yang Sarawak lakukan. Kita juga kerajaan di pilih rakyat atas dasar federalisme, kita berhak dapat'' katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan, YIK yang bakal melanjutkan pelajar ke Timur Tengah di sini, hari ini.

Pengembalian hak termasuk penurunan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengemudi industri minyak dan gas membolehkan Sarawak menguruskan sendiri sumber semulajadinya terutamanya minyak dan gas.

Ia sejajar dengan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mengembalikan hak negeri itu yang selama ini terhakis tanpa sengaja.

Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, persetujuan itu adalah mengikut perlembagaan di bawah senarai negeri seperti yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan pelaksanaan hak perlembagaan ini adalah hasil perbincangan mengenai penurunan kuasa yang berterusan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.--AstroAwani













________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo