TUMPAT: PAS menyifatkan kaji selidik INVOKE mendedahkan kemungkinan parti itu tidak menang satu kerusi pun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah kajian atas meja dan tidak menyeluruh.
Sebaliknya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin parti itu bersama gagasan sejahtera mampu mengekalkan Kelantan selain menawan beberapa negeri.
Beliau menjelaskan kajian INVOKE melibatkan 2,000 responden pada Februari lalu tidak dikaji sehingga ke peringkat akar umbi.
“Kita PAS kajian kita sendiri, kita ada jalan dan perbandingan kajian melibatkan akar umbi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan PAS kawasan Tumpat di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan sumpah baiah akan tetap dikekalkan untuk calon yang bertanding atas tiket parti itu.
Namun, kata beliau kaedahnya akan ditentukan oleh negeri masing-masing.--AstroAwani
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.