NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadi bidas kenyataan 'kalau saya tuhan' Hanipa Maidin


KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada Khamis yang didakwa seolah-olah menganggap dirinya tuhan.

Menurut Abdul Hadi, umat Islam perlu patuh kepada adab dalam Islam dan tidak berhak membayangkan diri sebagai tuhan.

Abdul Hadi berkata, setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai hikmah tersendiri.

“Adab orang Islam tak boleh sentuh hal tuhan. Tuhan jadikan ini dan ini, dan orang yang baik boleh jadi jahat. Orang jahat boleh jadi baik dimana itu dalam ilmu tuhan .

“Kita tak boleh campur tentang ilmu tuhan, kita kena terima. Tuhan adalah adil, adalah bijak, adalah baik. Tidak boleh sentuh hal ciptaan Dia, itu adab orang Islam,” katanya sewaktu ditemui selepas menutup Program Dialog Rakyat Terengganu Sejahtera Selepas PRU-14 di sini.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Hanipa sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat dengan ungkapan “jika saya tuhan, saya akan lakukan... “ sehingga mencetuskan polemik serta kecaman banyak pihak termasuk memintanya bertaubat.--AstroAwani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo