NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Facebook ancaman baru kehidupan anda?Data kontak, panggilan, SMS dikumpul jika pasang aplikasi 'Messenger'




BANGI, 8 Rejab 1439H, Isnin – Suka atau tidak dan tidak juga mengejutkan, pengendali laman Facebook mengetahui banyak perkara mengenai diri kita, jika kita memasang aplikasi ‘Facebook Messenger’ dalam peranti android.

Jika kita berbuat demikian, ia memberi peluang kepada Facebook untuk mengumpul kontak kita, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan data sejarah panggilan yang dibuat – sekurang-kurangnya sehingga lewat tahun lalu.

Perkara ini didedahkan seorang pengatur cara komputer berpangkalan di New Zealand, Dylan McKay dalam Twitternya yang kemudian ditwit semula oleh lebih 38,000 pengguna.

McKay mendedahkan bagaimana beliau mengesan datanya berusia lebih setahun, termasuk catatan lengkap panggilan masuk dan keluar serta SMS, di dalam arkib yang dimuat turunnya (sebagai ZIP File), dari Facebook.

Menurut laman pengendali penggodam antarabangsa, Facebook telah mengumpul data penggunanya sejak beberapa tahun lalu. Walaupun, laporan awal mengenainya sudah didedahkan, tetapi berita mengenainya kurang mendapat perhatian.

Skrin dalam aplikasi Messenger memudahkan semua panggilan dan mesej anda dikesan. Facebook melakukannya secara diam-diam pada peranti android sehingga Oktober 2017.
Namun, sejak Facebook terjerumus dalam kontroversi perkongsian data selepas skandal Cambridge Analytica terbongkar minggu lalu, twit daripada McKay menjadi tular dan kini mencetuskan perdebatan hangat.


Jurucakap Facebook menjelaskan, dengan hampir semua laman rangkaian sosial direka bentuk untuk memudahkan penggunanya berhubung secara lebih mudah dengan rakan dan anggota keluarga, Facebook juga memuat naik kontak penggunanya sebagai salah satu tawaran.

Memetik laporan sebuah lagi laman teknologi dan teknikal, versi lama android di mana tahap kawalan kebenaran adalah lebih lemah, Facebook secara automatik mengambil semua data berkaitan panggilan dan mesej ketika aplikasi itu sedang dipasang atau dimuat naik.

Berikutan itu, Google menukar fungsi kebenaran android bagi versi 16 API, menjadikannya lebih jelas dengan memberitahu pengguna apabila mana-mana aplikasi cuba meminta atau memintas kebenaran.

Bagaimanapun, ada pihak yang mampu memintas perubahan ini dan Facebook dikatakan berterusan mengakses kepada data panggilan dan SMS sehingga Google tidak lagi menggunakan API android versi 4.0 pada Oktober tahun lalu.

Anda boleh menyemak apakah data yang dkumpul oleh Fecbook dengan pergi kepada tetapan Facebook, muat turun salinan data Facebook anda dan mulakan arkib. (Facebook’s Settings→Download a copy of your Facebook data→Start My Archive)

Jika tidak mahu Facebook menyimpan atau berterusan mengumpul kontak ke dalam pelayannya, anda boleh mematikan tetapan muat naik berterusan dalam aplikasi Messenger. Perubahan ini akan memadam semua kontak yang anda muat naik sebelum ini.

Bagi pengguna Facebook yang menggunakan peranti Apple, mereka terselamat kerana iOS tidak pernah membenarkan akses kepada data panggilan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo