NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP terus biadap, campur tangan hal Islam




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik dibidas kerana telah menyentuh hal umat Islam berkaitan doa Qunut Nazilah secara biadap, kurang ajar, campur tangan dan tunjuk pandai.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir berkata, Wei Aik tiada sebarang hak untuk campur tangan, apatah lagi partinya DAP selama ini bekerja menentang dan menolak Islam.

"Kebiadaban Ng melabel PAS sebagai "Parti Ajaran Sesat" sewajarnya membuka mata para pengundi Islam betapa kurang ajarnya DAP dan pemimpin mereka. Demi politik mereka sanggup bersuara dalam isu agama yang tiada bersangkutan dengan mereka.

"Qunut Nazilah yang dimaksudkan adalah urusan orang Islam. Kalau ada kurang atau cacat ia, biar ia dibincang dan dibahas sesama Muslim, kamu jangan campur dan tunjuk pandai.

"Bagi saya 'Tsunami Melayu' yang bakal bergelora dalam PRU14 nanti jangan hanya dicetuskan untuk menghanyutkan yang tempang dan pincang sahaja.

"Ia wajar dibangkitkan untuk turut menenggelam dan melemaskan sekali DAP yang terlalu bongkak dan tegar menentang dan menghina Islam kebelakangan ini," tempelaknya. - HARAKAHDAILY 20/3/2018 


AC

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo