KUALA LUMPUR: Belum sempat pengamal media
membuka mulut bertanyakan soal tarikh pilihan raya umum, Perdana
Menteri Najib Razak secara berseloroh bertanyakan soalan demikian
terlebih dahulu kepada mereka.
Interaksi itu berlaku sebaik
sahaja selesai majlis istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal
Keenam, Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Ketika
itu Najib yang berjalan keluar daripada Dewan Bankuet, Bangunan
Parlimen diiringi isterinya Rosmah Mansor bertanya kepada pengamal media
: “Bila ‘election’ (pilihan raya)?”.
Sapaan spontan Najib itu
dibuat sebaik sahaja beliau lihat sekumpulan pengamal media yang
berusaha menghampirinya untuk bertanyakan sesuatu sebelum pemimpin
negara itu beredar menaiki kenderaannya.
Pertanyaan spontan itu disambut dengan gelak ketawa para pengamal media.
Sesi
Parlimen kali ini akan bersidang selama 20 hari dan akan menjadi sesi
terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan.
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.