NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sri Mulyani Diiktiraf Menteri Kewangan Terbaik Dunia


JAKARTA – Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati menerima anugerah sebagai Menteri Terbaik Dunia oleh pemimpin Dubai, Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum pada acara Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pada Ahad (11 Februari).

Menerusi sebuah entri di dalam akaun Instagram miliknya, @smindrawati, beliau menceritakan tentang anugerah yang diberikan setiap tahun kepada individu yang dipilih sejak 2016.

“Saya mendedikasikan penghargaan ini kepada kerajaan di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo dan 257 juta rakyat Indonesia dan 78,164 kakitangan Kementerian Kewangan yang bekerja keras untuk mengurus kewangan negeri dengan integriti dan komitmen yang tinggi terhadap negara yang bermartabat, adil, dan makmur,” katanya.

Ia adalah anugerah global yang diberikan kepada seorang menteri daripada setiap negara di dunia setiap tahun.

Proses pemilihan dan penentuan penerima dilakukan oleh agensi bebas Ernst & Young dan dianjurkan oleh Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia.

Sri Mulyani berkata anugerah itu diberikan atas usaha beliau melakukan pembaharuan di dalam Kementerian Kewangan.

Menurutnya lagi, Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia adalah pertemuan tahunan di Dubai yang melibatkan semua pemimpin kerajaan dari seluruh dunia dalam forum dialog global mengenai proses tadbir urus dan dasar awam serta hubungan mereka dengan teknologi, inovasi, selain topik-topik lain.

 – MYNEWSHUB.CC
© all rights reserved
made with by templateszoo