PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyelesaikan pertikaian undang-undang berkaitan perebutan harta tanah di Batu, Kuala Lumpur.
Harta tanah itu sebelum ini dijadikan pejabat kawasan PAS tetapi pertikaian hak milik muncul setelah beberapa anggotanya menyertai AMANAH.
Kedua-dua pihak hari ini mencapai persetujuan penghakiman di hadapan hakim Ahmad Zaidi Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
PAS bersetuju membayar RM32,500 kepada empat anggota AMANAH yang menjadi defendan dalam saman itu.
Sebagai balasannya harta tanah itu akan diserahkan kepada PAS.
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.