KENYATAAN MEDIA YB Hj Husam Musa dan Wan Abd Rahim Wan Abdullah:
Kami
telah menerima surat daripada YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelantan pada petang semalam, 20 Jamadil Awal 1439H bersamaan 06
Februari 2018 memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Muhammad V bersetuju menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang
Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang
Amat Mulia (D. J. M. K.) (Al-Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada
kami sebelum ini, mulai pada 06 Februari 2018.
Menjunjung
sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan
Darjah Kebesaran dan surat perlantikan yang berkaitan kepada Yang Amat
Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini, 07 Februari 2018 di
Istana Balai Besar.
Kami mengambil kesempatan ini
untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak
berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V.
Sekian. Terima kasih.
YB Hj Husam Musa
Wan Abd Rahim W Abdullah
21 Jamadil Awal 1439H
07 Februari 2018
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.