NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bas Amphibia : Kerajaan Terengganu diminta jelaskan apa kesudahannya?


Oleh: YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH

Kerajaan BN Terengganu di bawah Menteri Besar, YAB Dato Seri Ahmad Said berjanji membeli 2 buah bas amphicoach ( 2 alam) daripada Malta. 

Tapi hanya satu buah sahaja yang dibeli dan sampai dengan harga RM3.3 juta melalui syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd.



Kontrak telah dtandatangani pada 2014 supaya syarikat tersebut membekalkan dua unit bas amfibia AmphiCoach GTS-1. 

Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif berjanji bahawa bas akan mula beroperasi mei 2015, kemudian terus berjanji dalam sidang DUN bahawa dijangka sampai jun 2017.

Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan mendapat pampasan kerana kelewatan dan tidak mematuhi kontrak itu. 

Beberapa persoalan yang perlu diberi penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu adalah seperti beikut;



1. Kenapa hanya sebuah ? 
2. Berapakah harga sebenar atau harga kilang seunit bas ini ?
3. Kenapa penghantaran lewat sehingga hampir 3 tahun? 
4. Berapakah kos pampasan yang diterima daripada kelewatan dan tidak patuh kontrak? 
5. Adakah bas ini berupaya untuk digunakan di musin banjir dengan arus yang kuat ? 
6. Bila bas ini akan dihantar ke Tasik Kenyir ? 
7. Bagaimana penyelenggaraan atau membaiki kerosakan bas ini serta berapa anggaran kosnya? 
8. Adakah Kerajaan Terengganu telah membuat kajian yang lengkap dan menyeluruh sebelum pembelian ini dibuat?

KERAJAAN TERENGGANU MESTI MENJAWAB SEGERA SEMUA PERSOALAN INI..



YB Ustaz Mohd Nor Hamzah adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu








________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo