NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bank Negara dakwa harga rumah di M’sia sangat tidak mampu milik


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia melalui laporan “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang diterbitkan pada Rabu bersama laporan ekonomi negara suku keempat 2017, berkata harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada harga RM313,000 sebuah.

Sementara, bagi harga maksimum mampu milik dikatakan berada pada harga RM282,000.

Jadi menurut BNM, perbezaan Ini menunjukkan harga rumah di Malaysia berada pada tahap sangat tidak mampu milik.
Menurut piawaian antarabangsa, rumah mampu milik bermaksud rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Manakala, harga rumah di Malaysia kini mencapai harga lima kali ganda berbanding pendapatan isi rumah median tahunan.
Menurut BNM, pada suku kedua 2017, hampir 82 peratus iaitu 146,497 unit kediaman tidak terjual berharga lebih RM250,000.

BNM mengunjurkan tiga faktor utama menyumbang kepada kediaman tidak terjual, pertama, bekalan dan permintaan yang dianggap tidak sepadan.
Kedua, lebih banyak kediaman baru dibina pada harga yang tidak mampu milik; dari 2016 hingga suku pertama 2017, sebanyak 35 peratus isi rumah Malaysia mampu membeli rumah berharga sekitar RM250,000, namun rumah baru dibina dengan harga tersebut baru 24 peratus.
Ketiga, pendapatan rakyat Malaysia meningkat lebih perlahan berbanding peningkatan harga rumah semasa; dengan 2007-2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus, sementara pendapatan isi rumah rakyat meningkat 8.3 peratus.

Dalam laporannya, BNM menggariskan beberapa cadangan menyelesaikan isu rumah tidak mampu milik di negara ini; antaranya menubuhkan pangkalan data berkaitan maklumat pembeli, meningkatkan kadar celik kewangan rakyat serta menggalakkan amalan menyewa rumah kediaman. –Sarawakvoice





________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo