Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Arau.
Ini sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan Datuk Seri
Shahidan Kassim sekiranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu
mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya nanti.
“Insya-Allah Mursyidul Am PAS akan kembali bertanding di Parlimen
Arau,” kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli yang dipetik
sebagai berkata oleh portal Utusan Malaysia Online.
Dengan penyertaan PAS itu, sejarah baru juga bakal tercipta di
kawasan Parlimen Arau apabila calon BERSATU turut akan bertanding bagi
mewakili Pakatan Harapan.
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.