Rakaman suara berdurasi lebih 20 minit yang kini tular di media sosial begitu menggemparkan apabila Menteri Luar Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kimanis YB DS Anifah Aman telah melafazkan satu kenyataan yang sungguh mengejutkan iaitu "Kita tidak seharusnya membenarkan orang luar mentadbir negeri kita..Biarlah kita diperintah oleh anak sabah yang tulen" secara tidak langsung kenyataan beliau ini telah menyatakan dgn sangat jelas bahwa negeri sabah tidak seharusnya ditadbir oleh parti luar seperti UMNO yang bukan berasal dari Sabah dan perlunya seorang Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat sabah sendiri menjelang Pru ke 14 dan bukannya yang dipilih oleh Presiden UMNO selaku bukan orang sabah yang tulen.
Ianya sudah menjadi rahsia terbuka (open secret) bahwa majoriti rakyat sabah hari ini sudah semakin sedar dan memahami isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963 yang hari ini telah menjadi isi Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan hak yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan kepentingan Sabah sangat didambakan bukan sahaja oleh rakyat di Sabah bahkan oleh wakil-wakil rakyat Sabah juga sebenarnya memerlukan dana yang telah lama dijanjikan itu bagi tujuan pembangunan di kawasan luar bandar Sabah khususnya.
Selaku Menteri yang menjaga hal ehwal luar dan imej Persekutuan Malaysia dimata dunia, Anifah mungkin telah menemui bukti-bukti kecurangan yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO terhadap rakyat di Sabah semasa pertemuan dengan pakar sejarah luar dan wakil kerajaan United Kingdom oleh sebab itu mengapa nada perjuangan Anifah juga kelihatan sedikit berubah ataupun mungkin terkesan akibat pukulan gelombang #sabahubah yang dilaungkan oleh rakyat sabah melalui Parti Warisan Sabah (Warisan).
Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anifah Aman ini benar ikhlas, bahwa beliau menegaskan perlunya rakyat sabah bersatu untuk tidak membiarkan negeri sabah ini diperintah oleh pihak luar, maka saya menyeru rakyat sabah yang berada dikimanis dan serta saf kepimpinan umno bahagian kimanis untuk beramai-ramai keluar mengundi parti tempatan sabah yang antaranya adalah Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seterusnya membebaskan diri dari cengkaman rakus kuasa UMNO di bumi sabah pada pilihanraya ke-14 akan datang. Kita anak sabah, Sabah kita punya.
PRESIDEN PEWARSA
12 Februari 2018
.
No comments
Post a Comment