NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

70 peratus kakitangan awam tak ada rumah sendiri - CUEPACS


Menurut presiden CEUPACS Lebih 70% penjawat awam tiada rumah sendiri, kenapa masalah ini berlaku sedangkan gaji dan elaun dibayar setiap bulan?, bahkan ada yang sudah lebih 25 tahun berkhidmat.

apakah punca masalah?,
i. adakah sebab rumah mahal?,
ii. adakah sebab gaji rendah?,
iii.adakah sebab majoriti penjawat awam memilih untuk tidak memiliki rumah,
iv. adakah sebab pengetahuan dan disiplin pengurusan kewangan yang lemah di kalangan penjawat awam?,

atau ada sebab sebab lain.

Kajian perlu dibuat segera untuk mengetahui punca sebenar kerana memiliki rumah yang selamat adalah keperluan hidup setiap ketua keluarga yang perlu diutamakan.

Bagi saya sebagai penjawat awam yang tinggal di kampung, untuk memiliki sesuatu yang mahal harganya kita perlu usaha menabung dengan bijak dan istiqamah, memiliki rumah dengan bayaran ansuran yang lebih lama akan memberi kesan kepada peningkatan harga rumah yang ingin kita miliki.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya terutama dengan penjawat awam yang masih muda.

A. Bangunan A yang saya miliki dibina pada tahun 2017 berkeluasan lantai 1840 kaki persegi pada harga RM150,000 tunai, sumber kewangan daripada disiplin menabung RM800 dalam saham amanah setiap bulan sejak 10 tahun lalu, kini bangunan A milik penuh.

B. Bangunan B adalah sambungan bangunan A dibina pada tahun 2017 dengan keluasan lantai yang sama 1840 kaki persegi pada harga RM250,000, sumber pembiayaan peribadi selama 10 tahun iaitu RM2,062 sebulan. Milik penuh bila habis bayar pada tahun 2027 nanti.

C. C adalah rumah teres 2 tingkat di Kuala Kangsar, dibeli oleh seorang penjawat awam pada tahun 2017 dengan harga RM400,000 dengan keluasan lantai dalam 1500 kaki persegi, cara pemilikan melalui pembiayaan 30 tahun dengan ansuran bulanan RM2,444 sebulan, ini bermakna dia akan memiliki sepenuhnya rumah ini pada tahun 2047 dengan jumlah bayaran RM880,000.

Jika kita bandingkan antara A, B dan C memiliki rumah dengan cara berbeza, A menabung dahulu, B melalui pembiayaan 10 tahun, C melalui pembiayaan 30 tahun.

Hidup ini pilihan, beli tunai lebih murah tapi perlu miliki wang tunai yang besar, beli cara ansuran jangka panjang memang mahal dan bayar tiap bulan pun kini mahal juga, buatlah pilihan yang bijak.

Saya membantu pekerja menabung dalam pelaburan unit amanah berlandaskan syariah bagi memenuhi keperluan hidup termasuklah dalam hal memiliki rumah sendiri.

Rosli 011 1502 2478

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2039388529411725&id=100000217920151

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo