NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M Nak Taubat Datanglah Jumpa Mangsa Memali




CARA TAUBAT TUN MAHATHIR ADALAH DENGAN MENJADI PM SEMULA?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ada seorang mufti berpendirian, cara terbaik untuk Tun M bertaubat adalah dengan menjadi PM semula. Taubat itu ada empat syarat - Berazam tidak buat lagi, menyesali dosa itu, bersegera meninggalkan dosa itu dan jika berkait dengan manusia lain, segera mohon maaf.

2) Ia adalah sesuatu yang logik. Dengan menjadi PM semula, step pertama  bertaubat automatik berlaku - yakni menumbangkan Najib dan BN. Najib dan BN adalah antara legasi daripada dosa-dosa Tun M. 

3) Step kedua, hentikan projek-projek yang merosakkan negara dan umat hasil daripada perbuatan Najib dan BN. Projek-projek Najib adalah derivatives kepada dosa Tun M menaikkan Najib.

4) Step ketiga, perbaiki kesilapan-kesilapan beliau sendiri semasa jadi PM selama 22 tahun terdahulu. Pakatan Harapan mesti bentangkan dosa-dosa Tun M terdahulu untuk diperbaiki dan mendatangkan solusi yang terbaik untuk negara dan umat. Step ni kalau tak tau, boleh tanya PAS.

5) Step keempat, mohon maaf kepada semua mangsa kezaliman beliau. Tun M mungkin tidak rasa beliau yang menzalimi sebab bukan beliau yang buat. Contohnya, bukan beliau yang penjarakan Anwar, tapi Mahkamah dan Polis. Tapi ia still derivatives dosa Tun M.

6) Step kelima, memohon maaf kepada mangsa Tragedi Memali. For sure, ini part paling Tun M sukar untuk tunduk dan mengakui salah. Jika jadi PM semula, akui kesilapan, mohon maaf, salurkan pampasan yang banyak sebagai tanda mohon maaf. Nak kasi hidup balik orang yang dah mati tak dapat lah bro walaupun jadi PM balik sepuluh kali pun.

7) Step keenam, setelah yakin dah bertaubat dosa-dosa terdahulu semuanya, Tun M sila letak jawatan. Kasi orang lain pula. Bcoz, masa beliau sudah berlalu. Zaman hari ini bukan lagi zaman generasi beliau. Biarlah orang generasi hari ini ambil alih.  Trust us, old man!

Sekian
© all rights reserved
made with by templateszoo