NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TEPAT. TELUS. TERKINI : 1Media penuhi keperluan semasa



Pelancaran 1media pada 9hb Oktober, 2016 di Astana Banquet Hall Garden Residence Club house Cyberjaya yang didokongi oleh Pertubuhan Jaringat IT Prihatin (JITP) ialah untuk membolehkan penyebaran maklumat secara lebih mudah dan berkesan serta bertanggungjawab  menerusi teknologi media terkini untuk memanfaatkan media sosial ke arah kebaikan dengan menyebarluaskan maklumat dan ilmu yang tepat, telus dan terkini amat dinanti-nantikan oleh netizen, warga maya.


Turut memeriahkan  majlis pelancaran adalah seorang pensyarah media yang dihormati dinegara ini dengan satu slot Ucapan Khas bertajuk 'Islam dan Jihad Media' yang bakal diberikan  oleh Prof Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa) USIM



Selain kehadiran beberapa tokoh-tokoh tertentu dalam satu program khas, Bual Bicara dengan menampilkan 3 panelis jemputan, iaitu Dr. Mohamed   Awang Lah, Bapa Internet Makaysia yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communications Sdn Bhd, Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf dan juga Mohd Rafee Md Aris, mantan Pengurus Besar, Tiga Events Sdn Bhd.



Pengarah program, Mohd Razain Mohd Noor dalam ucapannya  berkata, cabaran masa kini media menjadi medan menyebarkan propaganda, fitnah dan berita palsu sehingga menyebabkan khalayak bercakaran dan berpecah.



Ledakan perkembangan ICT yang berlaku terlalu pantas bukan sahaja merancakkan perkongsian ilmu dan berita malah sebaliknya ia juga telah mencetuskan era fitnah yang amat dahsyat sehingga penduduk buana seringkali terkeliru dan tersesat dalam menilai ilmu yang betul berbanding salah atau berita yang benar berbanding palsu.


Justeru JITP bangkit dengan cita-cita murni untuk melahirkan satu rangkaian maklumat elektronik yang TEPAT, TELUS dan TERKINI demi menyelamatkan manusia dari kekeliruan dan kesesatan ini.


"Sehubungan itu, pihak kami ingin memanfaatkan teknologi baru di negara ini supaya dapat menjadi hub media berintegriti dan bertanggungjawab," tambahnya lagi.


JITP ingin mengajak seluruh Umat Islam yang prihatin dengan keperluan mendapatkan berita TEPAT, TELUS dan TERKINI untuk sama-sama kita menyumbang dana bagi penubuhan dan menggerakkan www.1media.my(Projek 1M).

Layari : www.1media.my
TEPAT. TELUS . TERKINI

Editorial 1Media, 2hb Januari, 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo