NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis


PUTRAJAYA: Berikut adalah Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis yang diadakan di sini, selama dua hari bermula semalam.

1. Merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas penganjuran persidangan sebagai satu keprihatinan kepada Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa yang berdepan pelbagai ancaman kesan keputusan Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan Presidennya, yang mengiktiraf Al-Quds sebagai ibu negara Zionis.


Sidang Media Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis pada 28 Januari 2018 bertempat di Putrajaya Malaysia.
Posted by 1Media on Sunday, 28 January 2018

2. Mengecam keganasan dan tindakan melampau Zionis yang menahan dan menyekat ulama Palestin untuk hadir ke persidangan ini. Negara Islam diseru menganjurkan pelbagai persidangan dan perjumpaan untuk membantuAl-Quds, Masjid Al-Aqsa serta penduduk Palestin sebagaimana dilakukan Malaysia.

3. Menzahirkan penolakan terhadap kenyataan Presiden AS yang diibaratkan seperti menjolok sarang tebuan dan bertegas bahawa Al-Quds adalah ibu negara Palestin dan ia adalah hak seluruh umat Islam. Persidangan juga bertegas ke atas kenyataan ini kerana ia bukan sahaja tidak patuh syariat, bahkan melanggar undang-undang serta bercanggah dengan perjanjian dan perundangan antarabangsa kerana ia adalah perjanjian daripada pihak yang tidak berautoriti.

4. Menghargai pendirian jumhur ulama yang membantah kenyataan Presiden AS berkenaan isu Al-Quds. Persidangan juga menggesa seluruh negara Islam meneruskan pendirian mereka untuk terus melakukan penentangan.

PENYELARAS Persidangan Meja Bulat MyAQSA, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (tengah) bersama (dari kiri) Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Kesatuan Ulama Islam Lubnan, Sheikh Ahmad Al Omari; Pengerusi Pusat Pembentukan Ulama Mauritania, Syeikh Muhammad Hasan Walid ad-Dedew dan Pengerusi Majlis Islam Syria, Syeikh Usamah al-Rifa'i selepas membentangkan resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis sempena Festival MyAQSA di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah (Berita Harian)

5. Menegaskan bahawa haram bersekongkol dengan sebarang usaha yang dibentuk dengan kerajaan Zionis sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pengetahuan dan juga media, secara langsung mahu pun tidak. Persidangan menyeru untuk memutuskan segera sebarang bentuk hubungan yang wujud secara langsung dengan kerajaan Zionis atau pihak yang ada kaitan dengan Zionis di pelbagai peringkat, sama ada bidang politik atau ekonomi. Persidangan menyeru untuk menyenaraikan mana-mana individu dan organisasi yang mendapat sebarang bentuk bantuan daripada Zionis, seterusnya memberi amaran kepada mereka serta memutuskan hubungan dengan mereka.

6. Memberi perhatian penuh terhadap Memorandum Ulama Dunia dalam berhadapan dengan neutralisasi secara holistik. Persidangan juga menyeru para ulama, ahli politik dan pihak yang berautoriti supaya memberi perhatian dan komitmen dari sudut pemikiran, budaya dan pendidikan, selain menggesa biro pelaksanaan dibentuk bagi tujuan memboikot neutralisasi hubungan Zionis dengan negara Islam.

7. Menuntut pihak berkuasa Palestin agar bersatu-padu dengan gerakan pembebasan dan menghentikan segala bentuk hubungan dan perjanjian antara rejim Zionis dan pentadbiranAS.

8. Menggesa negara Islam supaya bersatu-padu dalam memperkasakan ruang perdagangan dan ekonomi, antaranya menyokong projek wakaf, penempatan, pendidikan dan aktiviti lain.

9. Menghargai usaha yang dilakukan antara Malaysia-Turki dengan institusi Al-Quds dalam penganjuran pelbagai persidangan ke arah memperkukuh usahasama dengan seluruh negara Islam dari segala aspek termasuk sosial, ekonomi, kebudayaan, agama dan sebagainya.

10. Memberi penghormatan kepada saudara Islam di Palestin yang melaksanakan kawalan di Al-Quds dan Al-Aqsa, serta kepada para mujahidin di Palestin. Persidangan juga menzahirkan rasa hormat kepada para tahanan khususnya kepada keluarga AsySheikh Raid Solah yang berada dalam tahanan rejim Zionis. Persidangan menegaskan bahawa para ulama dan pendakwah berdiri dalam satu saf bersama dengan mereka dalam menghadapi rejim Zionis sehingga mencapai kemenangan dan pembebasan dengan izin Allah.

11. Persidangan juga menolak sebarang perjanjian termasuk Perjanjian Oslo dan persepakatan lain yang tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.

12. Menyeru sektor pendidikan di setiap negara untuk menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran, serta dibantu oleh saluran penerangan secara holistik dalam mempertingkatkan kesedaran mengenai Al-Quds.

13. Mencadangkan 2018 diisytihar sebagai Tahun Al-Quds dan menyeru umat Islammenyediakan pelan tindakan untuk membebaskan Palestin melalui pembentukan jawatankuasa bersama antara badan ulama dan institusi mereka bagi melaksanakan pelan berkenaan secara menyeluruh.

14. Menyeru agar dilancarkan program di bawah anjuran para ulama untuk memberikan kesedaran sehingga terbebasnya Palestin di arena tempatan dan antarabangsa. Persidangan juga menyeru supaya satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk memastikan segala tindakan dan keputusan ini dapat dijalankan.



________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo