KUALA LUMPUR: Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan Bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha akan menyertai PRM dan beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam PRU--14 ini.
Selain itu kira-kira 40 bekas ahli PKR Bahagian Klang juga mengumumkan untuk menyertai PRM.
Presidennya, Ariffin Salimon berkata, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mencalonkan seseorang bagi mengisi jawatan tersebut sebelum mengetahui pihak yang akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Dalam sidang akhbar itu, Ariffin juga menyindir tindakan Pakatan Harapan yang mencalonkan seorang individu yang sudah berusia 92 tahun sebagai Perdana Menteri sementara, seolah-olah gabungan itu tiada calon lain.
“Kalau macam itu, jika kami (PRM) menang, kami pun berhak menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM, di sini hari ini.