Barisan
Nasional (BN) Sabah perlu mempunyai mentaliti 'menang' dalam semua
aspek ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang juga Pengerusi BN
Negeri, berkata PRU14 perlu dianggap penting dalam memastikan BN terus
menerajui kerajaan.
"Ada yang panggil PRU14 ini 'ibu segala pilihan raya' dan 'bapa segala pilihan raya'.Apa pun, ia penting kepada setiap kita.
"Kalau mahu menang, kita mesti ada cara untuk menang, mesti
berfikir untuk menang dan bertindak untuk menang,"katanya pada Majlis
Makan Malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin
masyarakat Sabah di Kota Kinabalu Khamis malam.
"Musa seterusnya mengingatkan anggota BN supaya tidak bersikap sambil
lewa, sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja, kerjasama dan toleransi
antara anggota bagi memastikan parti itu meraih kemenangan.
"Kita, BN perlu turun padang untuk menerangkan dan menjelaskan kepada rakyat mengenai kemampuan BN.
"Kita juga perlu menjelaskan mengapa kita menyokong Perdana
Menteri kerana banyak manfaat kita dapat daripada kepimpinannya..ini
fakta,"katanya.
kerajaan pusat yang membantu Sabah melaksanakan pembangunan yang pesat.
Antaranya projek pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dijangka siap akhir tahun ini, projek Pembangunan Eko Tanjung Aru dan Lebuhraya Pan Borneo.-19/1/2018