Perkara paling asas yang menjadi 'blind spot' dalam isu ini ialah masalah remaja sekolah dan tindakan guru adalah responsif kepada masalah disiplin (baca dengan jenayah) murid-murid pada hari ini. Kes curi, pukul, buli, hisap gam dan lain-lain kes jenayah diyakini tidak akan berakhir. Siapa yang nak mendakwa dan menyiasat murid yang ditampar oleh Cikgu Azizan berkenaan dakwaan hisap gam, buli dan lain-lain kesalahan berulang yang dilakukannya? Sebaliknya menyiasat dan menghukum cikgu lebih diminati oleh sistem kehakiman pada hari ini. - Zaharudin Muhammad
Oleh: Zaharudin Muhammad
Isu Cikgu Azizan tampar murid dan usaha sesetengah pihak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Cikgu Azizan. Keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan selepas timbalan pendakwa raya, Hazeelya Muhammad, memberitahu pihak pendakwaan menerima arahan daripada Peguam Negara supaya tuduhan terbabit ditarik balik. Kes ini kemudiannya menyepi tanpa sesiapa dapat menafikan kesan psikologi kepada guru-guru untuk mengambil tindakan disiplin kepada murid-murid bermasalah.
Walaupun isu ini sudah hampir sebulan berlalu, tetapi saya rasa masih belum terlambat untuk saya ulas dari perspektif Fekah dan penyelesaian islam justeru perkara paling asas yang menjadi 'blind spot' dalam isu ini ialah masalah remaja sekolah dan tindakan guru adalah responsif kepada masalah disiplin (baca dengan jenayah) murid-murid pada hari ini. Kes curi, pukul, buli, hisap gam dan lain-lain kes jenayah diyakini tidak akan berakhir. Siapa yang nak mendakwa dan menyiasat murid yang ditampar oleh Cikgu Azizan berkenaan dakwaan hisap gam, buli dan lain-lain kesalahan berulang yang dilakukannya? Sebaliknya menyiasat dan menghukum cikgu lebih diminati oleh sistem kehakiman pada hari ini.
Jika undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia maka:
1. Murid yang melakukan kesalahan menghisap gam akan sabit kesalahan dibawah kategori arak dan hukumannya disebat 40 kali sebatan.
Jika murid tersebut di dapati bersalah membuli dan memukul orang lain, maka ia akan dikenakan hukuman qisas dengan dipukul semula (dengan kadar yang sama) oleh mangsa buli. Perlaksanaan boleh dilakukan di dalam perhimpunan dengan disaksikan oleh murid-murid lain sebagai pengajaran untuk tidak melakukan perkara yang sama.
Hukuman ini berlaku disebabkan had umur tertakluknya seseorang kepada undang-undang Islam (hudud, qisas, takzir dan hisbah) ialah akil dan baligh, bukan umur 18 tahun ke atas sebagaimana undang-undang konvensional.
Tetapi dalam undang-undang hari ini, kes murid sekoleh menengah (tingkatan 5 ke bawah) melakukan kesalah berat seperti di atas, maka mereka hanya dianggap kes juvana dan kerapkali dianggap 'buang kes' sebab kadangkala polis sendiri pun anggap sebagai 'kes kecil'. Jadi yang menanggung beban jenayah ini ialah guru dan murid-murid yang menjadi mangsa mereka.
2. Pendakwa dalam kes pukul menurut Islam ialah si mangsa dan keluarganya, bukan pihak kerajaan atau pihak mahkamah sebagaimana hari ini. Jika keluarga mangsa tidak mahu memanjangkan kes, maka tiada kuasa yang dapat memanjangkannya dan jika si mangsa ingin memanjangkan kes, maka tiada kuasa yang dapat menariknya.
Tetapi dalam konteks undang-undang konvensional, kuasa dakwa dan kuasa tarik kes adalah kuasa pendakwaraya. Oleh itu, apabila pihak peguam negara mengarahkan pihak timbalan pendakwa raya, Hazeelya Muhammad, menarik balik kes, maka kes itu ditarik. sebaliknya jika peguam negara atau pihak pendakwaraya meminta untuk meneruskannya, maka pihak keluarga tidak boleh menghentikannya.
Kes ini bukan hanya kes murid dipukul oleh guru, tetapi bagaimana dengan mangsa buli dan pukul oleh murid yang ditampar oleh guru? Siapa yang mahu mendakwa mereka apabila polis sibuk dengan banyak kes yang lebih besar, pendakwaraya yang banyak kes-kes yang nak didakwa?
Maka masalah buli dan pukul dikalangan pelajar tak akan selesai. Guru takut nak bertindak, murid-murid samseng terus exercise 'kuasa samseng' mereka ke atas pelajar lemah. Dan jika mereka bijak, maka gurulah yang akan dihadapkan ke mahkamah justeru umur atas 18 tahun manakala mereka pula bawah 18 tahun.
Betapa zalimnya undang-undang hari ini apabila kuasa pendakwaan dan kuasa penyiasatan yang diberikan oleh Allah kepada keluarga mangsa bunuh dan mangsa pukul sebagaimana ayat 178 surah Al-Baqarah, ditarik daripada mereka oleh manusia yang bernama kerajaan dan pemerintah. Dalam kes ini mungkin anda tidak melihat kezaliman dengan jelas, tetapi bagaimana kes Al-Tantuya, kes Norita, kes Ahmad Sarbani, kes Datuk Shaharuddin Ibrahim dan lain kes yang melibatkan suspeknya dikalangan 'jerung'?
Insyallah jika berkesempatan, saya akan post berita-berita berkaitan bagaimana gangster-ganster melatih budak remaja bawah 18 tahun sebagai penjenayah tegar sehingga remaja perempuan seawal umur 15 tahun sudah menjadi pembunuh.
Sekian.
Share tulisan ini jika anda merasakan ia adalah dakwah untuk pemahaman sistem Islam:
Rujukan:
1. Bapa murid, Azizan Manap tidak mahu memanjangkan kes:
2. Penarikan balik pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya akibat arahan Peguam Negara:
3. Hasrat guru: