NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau Tak Salah, Guan Eng Jangan Takut


Berani kerana benar. Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP tidak perlu gentar untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan pembinaan projek terowong dasar laut di negeri itu.

“SPRM merupakan badan bebas. Siapa boleh politikkan dia? Kalau tidak buat apa (kesalahan), SPRM mahu siasat, maka siasatlah.

“Kalau mereka tidak buat apa, SPRM pun tidak boleh buat apa. Bagi saya, biarkan SPRM siasat dahulu,” kata Setiausaha MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong kepada sebuah portal.

Menurutnya, Ketua Menteri Lim Guan Eng juga perlu memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang berkenaan keperluan terowong dasar laut itu dibina sedangkan kerajaan negeri tiada usaha untuk memajukan kawasan sekitar jambatan utama di Pulau Mutiara itu.

“Terowong ini tujuan dia buat apa? Tujuan nak bina terowong ini tidak ada makna. Dia sambung Bagan Ajam dengan Gurney Drive. Bagan Ajam dengan Gurney Drive ada apa faedah kalau kita bina terowong ini?

“Dulu waktu Barisan Nasional (BN) sudah kata kita bina terowong kedua kerana hubungkan Batu Maung dengan Batu Kawan kerana kedua-dua kawasan ini mahu bangunkan perusahaan. Jadi kita buat jambatan kedua. Tetapi kedua kawasan di Batu Kawan, mereka (kerajaan negeri) tidak buat apa-apa lagi untuk membangunkan perusahaan. Sekarang dia nak buat terowong buat apa?,” selarnya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai kembali hangat susulan SPRM melakukan serbuan di beberapa pejabat kerajaan negeri di KOMTAR dan syarikat berkaitan projek itu baru-baru ini.

Berikutan itu, Guan Eng telah mempertikaikan siasatan terbaru SPRM itu dibuat kerana Pilihan Raya Umum (PRU14) semakin hampir.

Wartawan Watan-Online
© all rights reserved
made with by templateszoo