KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kebijaksanaan dan keberanian pemimpin politik serta kepemimpinan institusi pendidikan adalah sangat penting dalam menangani isu tuntutan melampau oleh Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong).
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, sistem pendidikan nasional tidak harus digadai hanya untuk tunduk kepada gertakan persatuan itu yang mengambil kesempatan membuat tuntutan berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir.
Katanya, sekiranya kerajaan berkompromi dan akur dengan tuntutan persatuan itu bermakna kerajaan menerima hakikat bahawa integrasi nasional tidak penting dalam membina Malaysia menjadi sebuah negara yacang makmur.
“Fenomena ini adalah manifestasi atau cetusan dari pengwujudan puak-puak yang ‘kiasu’ dalam kalangan mereka hasil dari sistem pendidikan mereka itu.
“Mereka langsung tiada rasa hormat kepada sistem pendidikan nasional yang lebih mementingkan pembinaan jatidiri dan bina budaya bangsa sebagai rakyat Negara ini. Integrasi nasional sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara bukan pedoman mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/politik/jangan-gadai-sistem-pendidikan-hanya-untuk-puaskan-hati-dong-zong-1.596311
Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/politik/jangan-gadai-sistem-pendidikan-hanya-untuk-puaskan-hati-dong-zong-1.596311