NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PM: Pemimpin PKR Selangor tolak Mahathir 



Pemimpin-pemimpin PKR Selangor hari ini mula menyatakan penolakan mereka terhadap pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Mereka berpendapat pemilihan Mahathir menggambarkan parti itu tidak mampu menamakan calon sendiri.

"...sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Tun Mahathir ketika itu,” kata pemimpin wanita negeri dan pusat PKR Zuraida Kamaruddin.

Anggota parlimen Ampang itu bagaimanapun menegaskan beliau tiada sebarang isu peribadi dengan Mahathir, cuma tidak bersetuju dengan amalan "kitar semula” pemimpin.

Beliau mencadangkan Mahathir diberi peranan lain sebagai "menteri kanan".

Selepas perbahasan awam sekian lama, HARAPAN semalam mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail pula menjadi timbalannya.

Mahu tokoh segar
Sementara itu, Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad pula menegaskan zaman baru memerlukan “tokoh segar” untuk membawa Malaysia keluar daripada “kepompong kerosakan” bawah pentadbiran BN.

“Golongan millennial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan BN sejak dahulu lagi,” katanya.

PKR Selangor dipimpin oleh Datuk Seri Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor - yang turut dinamakan sebagai calon menteri besar, terutamanya oleh bekas saingan politiknya Datuk Ezam Mohd Nor.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo