NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon Perdana Menteri, apa sikap PAS ?




Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

1. Semua maklum bahawa amalan demokrasi negara kita sejak awal, dimana Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan parti yang menang pilihanraya dan membentuk kerajaan memerintah.

2. Bahasa mudahnya, sesiapa pun yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, mestilah terlebih dahulu memenangi pilihanraya dan parti yang diwakilinya membentuk kerajaan.

3. Sementara prosesnya, PAS selaku sebuah parti Islam yang akur kepada prinsip-prinsip Rukun Negara, termasuk Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan.

~ Maka soal pelantikan Perdana Menteri, sesiapa juga tidak lah wajar mendahului apatah lagi memperkecilkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

~ Ini kerana Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melantik seorang Perdana Menteri.

~ Begitu juga Perkara 43 (2) (a) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik sebagai Perdana Menteri “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”.

~ Adalah menjadi suatu ketidakwajaran memberikan kata dua kepada Yang di-Pertuan Agong untuk sama ada melantik si polan atau si polan lain menjadi Perdana Menteri.

4. Pada sudut yang lain pula, sistem pilihanraya negara kita tidak mengamalkan sistem Pilihanraya Presiden mahupun Pilihanraya Perdana Menteri.

5. Sebaliknya yang bertanding dalam pilihanraya adalah parti-parti politik yang berdaftar dan parti tersebut mengemukakan calon masing-masing untuk dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya.

6. Justeru itu, fokus PAS adalah memenangi pilihanraya dengan membawa agenda perubahan secara menyeluruh. Bukan sahaja PAS berfikir mengenai siapa Perdana Menteri tetapi juga merencana bagaimana memulihkan sistem pentadbiran negara agar mematuhi kehendak Tuhan Pencipta Alam.

7. PAS yang dijangka bertanding 130 kerusi ke atas dalam PRU 14 ini sedang menggerakkan kebangkitan Islam dan kesedaran rakyat ke arah membina Negara Sejahtera Bersama Islam.

• Sehubungan dengan itu, PAS telah hasilkan Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera, Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta Manifesto PAS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

8. PAS tidak ketinggalan dari tokoh-tokoh yang berkelayakan untuk menjawat anggota kabinet mahupun Perdana Menteri, namun ia bukan keutamaan masa ini untuk di namakan si polan bin si polan.

9. Keutamaan dan perhatian serius yang diberikan oleh PAS saat ini ialah rencana untuk memenangi pilihanraya dan tokoh-tokoh PAS ini akan dikemukakan sebagai calon pilihanraya bersama manifesto yang akan diumumkan kelak.

10. PAS juga telah kemukakan jauh lebih awal untuk menghargai kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh negara dalam pembentukan kerajaan apabila konsep Kerajaan Teknorat diutarakan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS sebelum ini.

11. Tentu sahaja pemilihan Perdana Menteri yang akan disokong dan diangkat oleh PAS ialah tokoh yang memenuhi piawaian kepimpinan dalam Islam. Antaranya apa yang Allah sebut dalam ayat 26 Surah Al Qasas :

Ų„ِŁ†َّ Ų®َŁŠْŲ±َ Ł…َŁ†ِ Ų§Ų³ْŲŖَŲ£ْŲ¬َŲ±ْŲŖَ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆِŁŠُّ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…ِŁŠŁ†ُ

“Sesungguh sebaik-baik orang yang mahu dibayar gaji untuk menjalankan tugas ialah yang mampu dan jujur”

• Qawiy (Ł‚ŁˆŁŠ) - Mampu

~ Mampu dari sudut keupayaan fizikal, mental, ilmu dan spiritual. Justeru pemimpin mesti lebih baik dari orang yang dipimpin. Bukan hanya dari sudut keperluan duniawi tetapi juga tuntutan ukhrawi.

~ kita pastinya menolak :

i- pemimpin yang menghina Islam
ii - pemimpin yang menolak sunnah
iii - pemimpin yang mempunyai skandal
iv - pemimpin yang melakukan rasuah
v - pemimpin yang tidak patuh Al Quran
vi - pemimpin yang anti hadith
vii - pemimpin yang amal Islam Liberal
viii - pemimpin yang mengkayakan anak-anaknya sahaja (amalan kronisme)

• Amin (Ų£Ł…ŁŠŁ†) - Jujur

~ Melaksanakan tugas kepimpinan dengan penuh dedikasi. Membangunkan negara menjadi Baldatun Toiyyibah (sejahtera)dalam masa yang sama mendapatkan keampunan daripada Allah swt. dengan melaksana tuntutan syara’ dalam kepimpinan dan pentadbiran negara. Tidak menyalahguna kuasa dan menyeleweng dari tanggungjawab.

Allah swt sebut dalam Surah Saba’ ayat ke 15.

ŲØŁ„ŲÆŲ© Ų·ŁŠŲØŲ© Łˆ Ų±ŲØ ŲŗŁŁˆŲ±

“Negeri yang Sejahtera dan Tuhan Mengampuni.”

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo