NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga Pendidik Malaysia diseru agar Solat Hajat dan mendoakan kemenangan bagi Kes Ustaz Adib di Mahkamah Kajang



Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik)menyeru agar warga pendidik seluruh Malaysia dari jauh dan dekat mengadakan Solat Hajat dan mendoakan agar perjalanan kes Ustaz Adib yang bakal dibicarakan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember 2017 esok berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Marilah kita bersama mendoakan agar kes USTAZ Adib dikurniakan kemenangan demi mengangkat martabat guru dalam persada pendidikan negara yang tidak pernah jemu dan sentiasa gigih mendidik anak bangsa agar berakhlak mulia dan patuh ajaran agama .

NGO Pendidik ingin melahirkan rasa simpati dan dukacita atas tindakan ibu bapa yang seolah-olah tidak menghargai peranan guru dalam proses untuk melahirkan generasi pelapis yang diharapkan agar memiliki jatidiri dan akhlak yang terpuji pada masa akan datang.

Wakil NGO Pendidik akan turun bersolidariti pada 26 Disember esok ,bagi memberi sokongan moral kepada Ustaz Adib yang akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang untuk dibicarakan kerana disaman oleh ibubapa yang tidak berpuashati apabila seorang yang.bernama Ustaz Adib ini menghukum atau mendenda anaknya yang tidak mahu menunaikan solat ketika sesi persekolahan.

Justeru ,diharap NGO pendidikan,NGO masyarakat ,tokoh Pendidik,pertubuhan PIBG dan semua lapisan masyarakat dapat hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan moral kepada Ustaz Adib dan mendoakan kes saman dan perbicaraan ini beroleh kemenangan.
Semoga beliau tabah menempuh dugaan.

Sekian.Terima kasih.

Salam hormat:
Pn.Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
25 Disember 2017.
© all rights reserved
made with by templateszoo