IPOH - PKR akan memberikan kerusi yang ditandinginya sebelum ini kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan terlibat.
"Perbincangan mengenainya masih berjalan dan telah 80 peratus selesai,"katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat bersempena Jelajah Keadilan Peduli Rakyat, di sini hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, ketika PKR ditubuhkan pada 1999, parti itu diberi kerusi yang dipertandingkan DAP dan Pas, jadi sudah tiba masanya parti baharu seperti Bersatu dan Amanah dibantu.- Bernama
No comments
Post a Comment