NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: ADUN wanita ada kembali di Terengganu?




Oleh : Shuhaimi Al-Maniri

Tulisan saya dalam kolum Kalam Perantau (Harakah, bil:2299) bertajuk, “PRU14: BN Terengganu gagal kemuka calon MB berkaliber” menarik perhatian banyak pihak. Berbagai pandangan dan cadangan yang dikemukakan, tetapi saya biarkan dahulu persoalan ini berlegar dikalangan ‘pemain’ dan peminat politik di seluruh peringkat.


Dalam sejarah politik Terengganu, baik UMNO mahu pun PAS tidak ramai meletakkan calon wanita dan menang dalam pilihanraya sebelum ini. Setakat ini, baru 6 orang calon wanita pernah bertanding sama ada kerusi parlimen atau Dun di Terengganu dimana 3 mewakili UMNO, 2 mewakili PAS dan masing-masing seorang mewakili PSRM dan calon bebas.

Untuk rekod, calon wanita pernah menang kerusi parlimen di Terengganu pada tahun 1959 adalah Khadijah Sidek, mantan Ketua Kaum Ibu yang bertanding diatas tiket parti PAS di Dungun. Dua orang lagi wanita pernah bertanding kerusi parlimen di negeri Terengganu selepas Khadijah Sidek (PAS: 1959), iaitu Siti Nor Abdul Hamid Tuah (PSRM) di Parlimen Ulu Nerus pada tahun 1974 dan Maimun Yusof dikenali sebagai Tok Mun sebagai calon bebas di parlimen Kuala Terengganu pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008.

Setakat ini, UMNO/BN belum lagi meletakkan calon wanita mereka pada mana-mana kerusi parlimen di Terengganu. Manakala pada peringkat DUN Tererngganu pula, calon wanitaUMNO/Perikatan (pada masa itu). Teh Hassan pernah menang menewaskan calon PAS di

DUN Chukai (N19) pada pilihanraya umum 1969 dengan majoriti 421 undi. Sifar peratus – dimana wanita Terengganu?

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya tertarik bila mendapati Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang tidak diwakili wanita sama ada di peringkat DUN ataupun mesyuarat kerajaan negeri. Mengikut rekod, selepas pilihanraya umum ke-13 hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai wakil rakyat wanita. Jadual 1 dibawah menunjukkan jumlah kerusi parlimen dan Dun serta peratus wakil rakyat wanita;



Calon Wanita PRU ke-14

Keadaan ini menjadikan isu tuntutan keterlibatan wanita dalam pelbagai bidang termasuk politik ini mula mendapat perhatian pelbagai pihak terutama dikalangan wanita itu sendiri.

Pergerakan Wanita UMNO sekali lagi mencadangkan 30 peratus calon Barisan Nasional (BN) diperuntukkan kepada calon wanita pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk di Terengganu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada pengerusi BN negeri, Ahmad Razif Abd Rahman untuk dipanjangkan kepada Presiden parti, Datuk Seri najib Tun Abdul Razak

Beliau dipetik sebagai berkata semasa taklimat Kesiapsiagaan PRU 14 Kepimpinan Wanita UMNO bersama Shahrizat, "Ahmad Razif yang juga Menteri Besar negeri sudah menjanjikan satu kerusi untuk calon Wanita bertanding pada PRU akan datang, tetapi berdasarkan usul ketika mesyuarat perwakilan UMNO peringkat negeri yang berakhir sebelum ini, kita cadangkan sebanyak 30 peratus. Walaupun hanya diberi satu kerusi, Wanita UMNO berharap perkara itu menjadi realiti”.

Sungguhpun begitu, Pergerakan Wanita Umno Terengganu difahamkan, tidak kisah berapa orang calon wanita yang diperturunkan BN dalam PRU ke-14 di Terengganu. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu Datuk Fatimah Mamat difahamkan berkata, “Soal berapa orang calon wanita bertanding di Terengganu tak perlu diambil kira satu orang pun okay tetapi sebaik baiknya dua orang satu mewakili wanita Umno dan satu lagi mewakili puteri Umno”

Kali terakhir BN negeri meletakkan calon wanita untuk bertanding ialah pada PRU 11, iaitu bekas Ketua Puteri UMNO negeri, Nordiana Shafie di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, tetapi tewas kepada calon PAS.

Pada pilihanraya umum ke-14 kali ini Wanita UMNO nampaknya berminat kepada kawasan DUN yang lebih selamat dan berpotensi untuk menang seperti DUN Pengkalang Berangan, Marang.Tidak seperti Nodiana yang diletakkan di kawasan kubu kuat PAS seperti di Batu Burok,

Setelah kalah dalam percubaan umno meletakkan calon wanita dalam PRU ke-12, Umno tidak meletakkan wanita dalam calon wanita dalam PRU ke-13. Sebelum itu sejak 1974 ketika BN dibentuk, BN tidak pernah meletakkan calon wanita hingga pilihanraya ke-11, 2004. Cuma sebelum itu, Shariffah Azzah Apple pernah bertanding diatas tiket Perikatan sebanyak 2 kali; pilihanraya umum 1959 di Dun Ladang (N11) dan pilihanraya umum 1969 di Dun Binjai (N22). Pada 1969, seorang lagi calon wanita adalah Teh Hassan di Dun Chukai (N19).

Ketiadaan calon wanita dari kalangan Umno pada pilihanraya umum ke-13, PAS pula mencalonkan seorang calon wanita, Napisah Ismail, 53, di DUN Kuala Besut tetapi tewas menentang calon Barisan Nasional(BN), Dr A Rahman Mokhtar yang juga penyandang kerusi Dun berkenaan,

Seperti calon wanita Umno pada pru ke-12, calon wanita PAS diletak di kerusi kubu lawan yang agak sukar ditembusi PAS pada PRU ke-13 yang lepas. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada PAS akan meletakkan calon wanita lagi atau tidak di Terengganu setelah calon mereka tewas pada PRU ke-13.

Ketika Ustaz Saiful Bahri Mamat menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini, beliau seolah-olah memberi jaminan, “PAS Terengganu akan memberi peluang kepada wanita sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Di Terengganu PAS sangat yakin dengan kemampuan muslimatnya untuk menjadi calon pilihan raya”.

Jika PAS mahu meletakkan calon wanita pada PRU ke-14 kali ini, PAS perlu memikirkan bagaimana untuk membolehkan calon wanita berkenaan menang. Justeru itu, calon wanita tersebut perlu diletakkan bertanding di DUN seperti Wakaf Mempelam, Batu Burok dan/atau lain-lain kerusi DUN yang berpotensi untuk PAS menang untuk mencipta satu lagirekod yang tersendiri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo