oleh : M. Kamal Affandi
Akhbar arus perdana, The Star 10 April 2017(https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/10/nanyang-siang-pau-apologises-for-monkey-cartoon/.) melaporkan:
“Nanyang Siang Pau wishes to apologise to Pandikar Amin Mulia and PAS president Abdul Hadi Awang for all the troubles that arose from the inappropriate cartoon,” the Chinese newspaper said in an apology notice. It also removed the cartoon from its online portal, eNanyang. Titled “Monkey Act,” the cartoon featured two monkeys sitting on a tree named “Act 355” while a group of monkeys fight under it. On the tree, one monkey dons a songkok and is labelled “speaker” while the other has a turban and is labelled “Hadi Awang".
Isu itu telah dilakukan dengan sengaja oleh akhbar popular di kalangan pembaca berbangsa Cina, Nanyang Siang Pau dengan tujuan yang jelas khas untuk pembaca tegarnya. The Star membantu perluaskan kisahnya kepada non-chinese speakers. Atas bantahan pihak PAS, netizen dan dengan campurtangan KDN, Nanyang Siang Pau memohon maaf. Amaran telah diberikan tetapi hasrat dan tujuan Nanyang Siang Pau dan The Star sudah tercapai. Dengan kata lain, mission accomplished. Dari segi perkiraan politik, dikira ‘pihak tertentu’ telah “menjalankan tugas dan mesej berjaya disampaikan”.
Inilah politik ala-Malaysia. Welcome to the “new media world order”. In short, lepaskan berita dulu walaupun berita itu dianggap super sensitive dari segi macam-macam sudut dan boleh memberikan impak sosio-politik yang sangat besar ke atas masyarakat. Bagi pengamal media tiada maruah: tujuan menghalalkan cara: “apa peduli – asalkan ia satu scoop yang hebat!”
Pernah berlaku dalam politik semasa PRU-13 yang lalu, seorang calon pembangkang memfitnah calon kerajaan menyebabkan calon kerajaan kalah walaupun calon kerajaan berkenaan sangat terkenal dan berkemampuan. Pengundi termakan fitnah dan calon pembangkang menang. Calon kerajaan yang kalah saman YB pembangkang yang menang, bukan kerana kalah tetapi kerana fitnah. YB pembangkang mohon maaf di luar mahkamah. Settled dan maaf diterima, tapi YB pembangkang sudahpun menang atas fitnah yang dia buat. Kemaafan yang dipohon selepas dia menang tidak boleh mengembalikan title dan kerusi YB yang kalah. Steadynya yang kalah, tapi yang menang buat muka selamba tak malupun! Allah SWT Maha Tahu.
Sekali lagi akhbar The Star sepantas kilat melaporkan (https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/27/dressing-down-for-launderette-open-it-to-all-or-just-close-shop-angry-johor-sultan-tells-owner/) dalam isu “Muslim Laundrette” yang berlaku di Johor. Tujuan pendedahan hanya satu: fokus betapa murkanya baginda Tuanku Johor ke atas pengusaha Muslim Laundrette berkenaan di Muar mengakibatkan pengusaha menurunkan papan tanda sebagai akur di atas Titah DiRaja. Isu itu bermain di media cetak dan lebih hebat di media sosial minggu itu dan seterusnya.
Perlu kita fahami Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Johor bahawa Baginda Tuanku adalah Ketua Agama Negeri. Oleh itu baginda berhak bertitah dan pengusaha “Muslim Dobi” pun telah akur akan Titah berkenaan. Sebenarnya ini adalah satu contoh menarik dalam hubungan warga-Raja yang diperlihatkan dalam konteks constitutional monarchy dan amalan demokrasi berparlimen dalam perlembagaan kita. Orang Melayu memang taat kepada Sultannya kecuali yang boleh dikira dalam blok pembangkang dan sewaktu dengannya macam Dato’ Zaid Ibrahim!
Allah SWT Maha Kaya Lagi Maha Mengetahui. Isu yang sama terjadi di Perlis dan telah dihebah-luaskan oleh akhbar arus perdana The Star sekali lagi (https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/29/laundry-covers-muslim-only-sign/) dengan menyebut:
“Perlis Mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, one of the vocal critics of "Muslim-only" launderette in Muar, had made it clear that the state would not agree to any form of segregation of the people. "I have received an instruction from Tuanku (the Raja Muda of Perlis) to investigate the matter and we will do it right away," he said in a WhatsApp message.”
Bagaimanapun agak menarik juga apabila mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengeluarkan pandangan(http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tidak-salah-papan-tanda-muslim-sahaja-kata-bekas-ketua-hakim#yoFJ2biU3TVI1Bqg.97). bahawa sepanjang yang dia tahu mengenai undang-undang Malaysia (and of course he knows it since he was the former Lord President) pengusaha dobi berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan daripada segi mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia pun.
Sebaliknya, menurut Tun Hamid, pengusaha dobi adalah seorang peniaga dan bebas memilih dengan siapa dia hendak berniaga. Sebenarnya dia memilih mengecilkan pasaran beliau, daripada terbuka untuk semua, kepada hanya terhad kepada pelanggan bergama Islam. Pun demikian, itu pilihannya dan dia redha dengan pilihannya. Lebih aneh lagi, tiada siapa yang menentang pandangan mantan Ketua Hakim Negara berkenaan dan tindakan pengusaha dobi adalah constitutional.
Tanggal 25 Mac 2017 yang lalu, seorang lagi mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz dalam salah satu syarahan umumnya di Majestic Hotel, Kuala Lumpur (http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=10743) telah mengatakan dengan terang lagi jelas betapa berasaskan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diletakkan pada tahap kepentingan tertib ketiga dalam susun atur keutamaan artikel perlembagaan, bahawa Islam adalah agama Persekutuan di samping agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman dan tenteram. Baginya ini merupakan satu testament bahawa Islam is the law of the land.
Penghujahan beliau diperkuatkan lagi dengan keputusan kes Ramah vs Laton pada tahun 1927 di Malaya di mana Hakim berbangsa British yang bersidang telah memutuskan Islam as lexi loci of Malaya. Itu bermakna perkara berkaitan Islam adalah asas dan telah mendasari undang-undang Malaysia, yang sebelumnya adalah Tanah Melayu yang Perlembagaan Persekutuan 1948 itu didasarkan kepada Undang-Undang Melayu Melaka, adalah sesuatu yang sudah dipastikan oleh sejarah dan perundangan sedia ada. (Wan Ahmad Fauzi Husain Wan et al. “Raja-Raja Dalam Penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957: Satu Kajian Sejarah Perundangan”, Journal of Nusantara Studies, 2017).
Akhbar The Star yang sama pernah melaporkan secara negatif ke atas Presiden PAS dan Speaker Dewan Rakyat dua hari selepas pembentangan RUU355 di Parlimen. Nampaknya seolah-olah The Star mahu jadi “lead media agency that focuses on bashing the Malay-Muslims and whatever they fight for to enhance Islam in the State”. Betulkah begitu?
Inilah trend mutakhir yang kita dapat lihat dalam media. Apa masalahnya jika kerajaan atau agensi atau NGO atau mana-mana parti sekalipun berusaha untuk memperkasakan Islam dalam urus tadbir negara? Bukankah artikel 3(1) dan 11 (1) dan 11(4) melindungi Islam dan penganutnya? Apa masalah dengan akhbar arus seperti The Star ini?
Apakah benar sudah ada yang terkena tempias radical evangelism seperti yang dibimbangkan oleh beberapa kalangan termasuk oleh YB Parit Buntar? Atau barisan editorial akhbar yang dikatakan sudah “mesra-liberal” dan “sokong pembangkang dalam gelap” itu ada agenda tersembunyi dalam diam-diam?
Benarkah begitu? Salahkah orang Islam pertahankan agama Islamnya dalam perlembagaan kita?