NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCMC Sahkan Sedang Siasat TMI


PUTRAJAYA, 12 Dis -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap portal berita The Malaysian Insight (TMI) berhubung penyiaran satu artikel tentang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SKMM berkata pihaknya akan memanggil editor, pengarah dan individu yang terlibat untuk sesi rakaman percakapan bagi membantu siasatan berhubung artikel editorial yang bertajuk 'A sham of an RCI'.

"Sehubungan dengan itu, MCMC menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan ruang untuk siasatan yang adil dan saksama dijalankan," demikian menurut suruhanjaya itu.

Pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berakhir Sabtu lalu, seorang perwakilan dilaporkan menggesa agar pemilik portal berita itu disiasat lantaran sering menyiarkan laporan yang menghina kepimpinan parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Pada 9 Dis lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan berkata MCMC sedang menyiasat sama ada TMI telah melanggar sebarang undang-undang dalam tuduhan laporan berita menghina perdana menteri.-- BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo